Bermain di bulan Ramadhan, ini pandangan jurulatih Liga Malaysia

Meskipun terpaksa bermain beberapa perlawnan di bulan Ramadhan, rata-rata pengendali pasukan Liga Malaysia tidak melihat ianya sebagai satu masalah besar dan berpuas hati dengan susunan jadual perlawnan yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL) yang disifatkan cukup adil kepada pasukan walaupun dijangka lebih padat berbanding beberapa musim sebelum ini.

Antaranya ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, yang memahami kekangan dihadapi MFL sebelum mengeluarkan jadual seperti kepentingan pasukan kebangsaan dan pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) yang menjadi faktor liga bermula pada 28 Februari ini.

“Memang saya tidak nafikan Liga Malaysia pada 2020 pasti padat termasuk perlawnan di bulan Ramadan tetapi selaku jurulatih profesional begitu juga dengan pemain-pemain saya, kita kena bersikap terbuka serta bersedia mengharungi setiap perlawnan.

“Saya faham skuad kebangsaan akan mengharungi saingan Piala AFF pada November nanti selain kelayakan Piala Dunia, jadi saya tahu pihak MFL telah sedaya upaya cuba yang terbaik bagi semua pasukan. Mungkin situasi ini akan membuatkan setiap jurulatih termasuk saya kena sentiasa lakukan penggiliran pemain jika perlu namun bagi saya perkara itu bukan satu masalah besar,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin pula berpendapat mana-mana pasukan boleh memberikan prestasi terbaik ketika bulan puasa jika pemain-pemain menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mengikuti langkah penjagaan kecergasan yang betul termasuk soal pemakanan.

Beliau juga gembira jadual Liga Malaysia yang dikeluarkan sedikit awal berbanding tahun-tahun sebelumnya serta memudahkan perancangannya bersama pasukan.

“Jadual kali ini lebih efisien malah paling awal dikeluarkan berbanding sebelum-sebelum ini biarpun perlawnan Liga Malaysia hanya akan berlangsung dua bulan lagi yang jadikan kami lebih bersedia. Jika ingin maju, kita tidak boleh terlalu bersikap hendak mengkr1tik sahaja dan segalanya serba tidak kena malah jika hendak buat perbandingan, jadual liga di luar negara sebenarnya lagi padat berbanding dengan kita.

“Mengenai perlawnan di bulan Ramadan, UKM FC selalu dapat mengutip banyak mata pada waktu ini jika rekod dua musim lalu dijadikan ukuran kerana pemain-pemain saya sentiasa disiplin mengikuti penjadualan nutrisi ditetapkan,” katanya.

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, juga sependapat dengan menyatakan jadual Liga Malaysia kali ini sedikit mencabar tetapi beliau optimis skuad Tok Gajah boleh mengharunginya dengan baik sehingga penghujung musim.

“Enam atau tujuh perlawnan yang berlangsung pada bulan puasa itu nanti memang saya anggap satu cabaran yang sukar juga namun pemain-pemain kenalah kerja keras menjaga kecergasan.

“Prestasi pemain selalunya tidak menjadi 1su cuma saya kena berhati-hati dalam soal kecede raan pemain utama serta memberikan peluang kepada pemain-pemain simpanan lebih kerap diturunkan pada musim depan,” katanya.

Menerusi jadual Liga Malaysia 2020 yang dikeluarkan MFL pada Jumaat, aksi Liga Super dan Liga Premier secara rasminya akan bermula 28 Februari depan dan berakhir bulan Julai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*