Melaka United tandatangani seorang lagi pemain import

Melaka United akan menandatangani seorang lagi pemain import sebelum pasukan itu berangkat ke Bandung bagi menjalani perlawnan pra musim sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo mengesahkan ketika ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan dua pemain iaitu Amido Balde dan bekas penye rang Everton, Victor Anichebe.

Sumber Gambar: MUSA

 

“Tidak kira apa yang terjadi, sebelum kita ke Bandung, pasukan MU sudah bersedia (lengkap), tidak kira apa pun.

“Di sana kita akan berdepan dengan tiga pasukan, antaranya Persib Bandung.

“Namun sebelum bergerak ke sana, ada dua lagi perlawnn, tean persahabatan bersama UiTM FC dan Negeri Sembilan yang telah dijadualkan untuk menguji keseragaman pasukarutamanya di bahagian tengah dan sera ngan,” katanya menurut laporan Melaka Kini.

Sumber Gambar: GrandOldTeam

 

Sebelum ini seorang pemain import, Deshorn Brown telah mencapai kata sepakat untuk beraksi bersama pasukan tersebut namun pada akhirnya lebih memilih untuk beraksi dalam saingan Liga India.

Perkara ini membuatkan MUSA mencari seorang lagi pemain bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Brown.

Bagi saingan musim 2020, Melaka hanya menggunakan khidmat empat pemain import iaitu Jang Suk-won, Romel Morales dan Uche Agba.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*