PAFA nafi pinjam Guilherme De Paula dari JDT

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menafikan pemain yang baru ditandatangani, Guilherme De Paula berstatus pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim seperti yang viral di media sosial ketika ini.

Pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah menegaskan Guilherme memegang status sebagai pemain import dimana bekas penye rang Kuala Lumpur itu sedang dalam usaha untuk menjadi pemain naturalisasi bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Datuk Adly Shah Ahmad Tah (baju merah). Sumber Gambar: Stadium Astro

 

“Guilherme De Paula sudah mengikat kontrak setahun dengan pasukan Perak sebagai pemain import. Bukan berstatus pemain pinjaman seperti ditularkan di media sosial.”

“Segala perkara berkaitan sedang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apabila De Paula sudah mendapat pasport dan menjadi pemain tempatan, PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) merancang menambah kuota pemain import,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sumber Gambar: SB

 

Guilherme dikhabarkan bakal kembali ke JDT setelah tempoh pinjaman bersama Perak tamat dan sepertimana yang dilakukan oleh Liridon Krasniqi yang beraksi bersama Melaka United musim lalu.

Ketika ini, Perak mempunyai tiga pemain import iaitu Guilherme serta dua pemain yang dikekalkan daripada skuad musim 2019 seperti Leandro Dos Santos dan Raianderson Da Costa Morais (Careca). Satu lagi slot akan diisi dalam masa terdekat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*