Beberapa pasukan bakal kehilangan hak beraksi dalam liga Malaysia

Setiausaha agung Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam membayangkan beberapa pasukan bakal kehilangan hak untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana berdepan risik0 penarikan lesen kelab kebangsaan.

Ia merupakan ama ran terakhir kepada pasukan tersebut jika mereka gagal melangsaikan tunggakan gaji yang membabitkan pemain dan barisan jurulatih.

Nasib pasukan itu dijangka akan diketahui pada pertengahan bulan ini selepas pembentangan bajet kewangan dan pemeriksaan dokumen oleh Jawatankuasa Status FAM.

“Sebelum ini saya sudah ingatkan kepada pengurusan pasukan bahawa lesen kebangsaan dan AFC 2020 boleh ditarik balik jika mereka gagal mengemukakan dokumen kewangan yang kukuh untuk suku kedua.

“Oleh itu, mereka belum lagi selamat dan mungkin juga boleh dikenakan huku man pemotongan mata atau sekatan pembelian pemain sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan sama. FAM tidak lepas tangan namun perlu mencari penyelesaian terbaik dengan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya kepada Arena Metro.

Sumber Gambar: MFL

 

Bagaimanapun, FAM akan memberi peluang kepada pengurusan tersebut melangsaikan semua hutang dan tunggakan gaji secara ansur-ansuran dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Bayangkan apabila pasukan bolasepak ditutup sudah pasti ia akan menjejaskan kira-kira 30 individu termasuk pemain dan barisan kejurulatihan sekali gus menimbulkan masalah lain.

“Ketika ini, FAM berusaha mencari penyelesaian terbaik dan sekurang-kurangnya hutang dibayar secara ansuran kerana kaedah itu lebih baik daripada pemain langsung tidak mendapat sebarang bayaran,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*