Melaka United bakal diuji tiga kelab Indonesia

Pramusim adalah masa di mana pasukan cuba membentuk keserasian dan meningkatkan tahap kecergasan pemain. Di Liga Malaysia, sudah menjadi ‘trend’ sejak kebelakangan ini untuk pasukan menjalani pramusim di negara-negara Asia Tenggara. Selain daripada menjalani latihan, perlawnan menentng pasukan negara berkenaan juga akan dijalankan.

Bagi pasukan Melaka United, mereka  nampaknya memilih Bandung sebagai destinasi pramusim mereka menjelang se pak mula Liga Super 2020 pada bulan hadapan.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu akan menjalani latihan dan aksi pramusim di Bandung pada 28 Januari ini dengan tiga perlawnan menentng pasukan Indonesia akan turut dilakukan sepanjang mereka di sana.

Antara pasukan yang akan dihadapi oleh Melaka di Indonesia adalah pasukan yang menduduki tangga keenam Liga 1 Indonesia musim lalu, Persib Bandung yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts. Selain itu, naib juara Liga 2 Indonesia, Persita Tangerang dan Bandung United juga akan menguji Melaka United ketika mereka berada di sana.

“Pramusim amat penting untuk memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan diperhalusi sebelum saingan Liga Malaysia bermula hujung Februari depan,”kata pembantu pengurus Melaka United, Syahrul Nizam Shamsuddin seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurut Syahrul lagi, kesemua pemain akan menyertai pramusim berkenaan termasuk dua pemain import, Uche Agba yang menyertai mereka dari PDRM FC dan Romel Morales yang membintangi PKNS FC pada musim lalu.

Kredit foto: Melaka United

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*