Selangor berdepan tugas sukar dalam lima perlawnan awal Liga Super 2020

Badan pentadbir Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengumumkan jadual baharu Liga Super bagi musim 2020 yang bakal membuka tirainya bermula dengan perlawnan Piala Sumbangsih pada 28 Februari ini.

Perlawnan Piala Sumbangsih diantara juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentng juara Piala FA 2019 iaitu Kedah yang berlangsung di stadium baharu menjadi perlawnan tumpuan peminat bolasepak tempatan.

Bagaimanapun, MFL hanya mengesahkan jadual 5 perlawnan awal setelah mengambil kira jadual pertandingan AFC Champions League 2020, Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Piala AFF 2020 serta jadual perlawanan skuad kebangsaan mengikut Kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Baki jadual perlawnan yang akan datang diumumkan kemudian setelah mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga Pengarah MFL. Selain daripada itu, tarikh-tarikh undian dan perlawanan Piala FA 2020 turut diambil kira dalam penyediaan jadual Liga Malaysia musim ini.

Berdasarkan jadual tersebut, skuad gergasi merah bakal berdepan tugas yang sukar apabila terlebih dahulu bertandang ke tempat lawn bertemu naib juara Liga Super 2019, Pahang pada 29 Februari 2020 di Stadium Darul Makmur.

FOTO: FA Selangor

 

Selangor yang berada di tangga ketiga dalam Liga Super 2019 kemudian akan bertemu naib juara Piala FA 2019, Perak pada 7 Mac di tempat sendiri. Selepas itu, satu lagi lawn yang sukar iaitu Terengganu FC akan bertemu mereka pada 11 Mac 2020.

Pada 15 Mac 2020, skuad kendalian B. Satiananthan itu akan bertandang ke Alor Star bertemu Kedah dan kemudian menentng Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Shah Alam pada 4 April 2020.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan, pengurusan Persatuan BolaSepak Selangor (FAS) meletakkan sasaran untuk beraksi di peringkat Asia pada tahun 2021.

“Persiapan rapi giat dijalankan pada masa ini dan kita juga anjurkan perlawnan pra musim, Selangor Asia Challenge untuk membentuk persefahaman baik antara pemain,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*