Fernando Rodriguez dikhabarkan bakal sertai JDT ll

Bekas penyrang import pasukan Kedah, Fernando Rodriguez dikhabarkan bakal menyertai Reserve Team, Johor Darul Ta’zim II bagi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah Rodriguez menunjukkan beliau sedang berlatih di sebuah gym dan menggunakan caption “Selamat pagi” menerusi Instagram Story miliknya.

Sumber Gambar: Instagram Fernando Rodriguez

 

Selain itu, ejen kepada Fernando, Angel Ruiz turut membuat perkara sama menerusi Instagram Story milik beliau dengan menyatakan Malaysia akan menjadi “pejabat” baginya serta pemain berusia 32 tahun itu.

Sumber Gambar: Instagram Angel Ruiz

 

Pada saingan Liga Malaysia musim lalu, pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Indonesia bersama Mitra Kukar itu membantu Kedah muncul sebagai juara Piala FA dengan menewaskan pasukan Perak di pentas akhir.

Selain itu, Rodriguez turut membantu Kedah mara ke perlawnan akhir Piala Malaysia namun hasrat untuk memenangi Piala kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Johor Darul Ta’zim.

Selain Fernando, bekas pemain Selangor, Endrick Dos Santos turut dikaitkan dengan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim II.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*