Akhirnya tunggakan gaji Badhri Radzi bersama KAFA temui jalan penyelesaian

Hari ini Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) menerusi Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd telah mengadakan pertemuan dengan bekas kapten pasukan itu Mohd. Badhri Radzi atau Piya.

Dalam pertemuan itu, TRW Sdn. Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya Datuk Wan Rakemi Wan Zahari telah bersetuju untuk melunaskan bayaran lapuk itu secara beransur-ansur.

Wan Rakemi berkata, bayaran secara ansuran itu membuktikan komitmen badan induk itu dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

“Sebagai permulaan, kita lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten TRW itu menggunakan wang hasil jualan tiket.

“Saya amat berterima kasih kepada Piya kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh TRW Sdn. Bhd,” katanya.

Wan Rakemi memberitahu, selain Piya pihaknya juga telah melangsaikan sebahagian tunggakan hutang lapuk membabitkan bekas penjaga gawang Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Khairul Fahmi

FOTO: MUSA

 

Katanya, paling mengembirakan Apek juga bersetuju dengan pelan pembayaran yang telah dikemukakan oleh TRW Sdn.

“Kita gunakan sepenuhnya hasil keuntungan jualan tiket aksi pra musim Kelantan menentng Kedah bagi melangsaikan sebahagian daripada hutang melibatkan bekas kedua-dua tonggak itu,” ujarnya.

Sementara itu, Piya memuji komitmen yang ditunjukkan oleh TRW Sdn. Bhd dalam melunaskan bayaran tunggakan gajinya itu.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kepada TRW Sdn. Bhd dibawah pimpinan Datuk Wan Rakemi yang cukup cakna dalam 1su tunggakan gaji,” katanya.-Kelantan FA.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*