Kenali pemain Wolves, Hong Wan dikatakan punya pertalian da rah Johor

Hong Wan atau nama sebenarnya Nathaniel Shio Hong Wan merupakan pemain bolasepak pasukan Wolverhampton Wanderers Bawah 23 Tahun (U23) yang bersaing dalam kancah liga simpanan, Premier League 2.

Hong merupakan seorang pemain tengah yang berpotensi besar di England dan perkara itu menyebabkan skuad Wolves mengumumkan menandatangani pemain ini pada jendela musim panas tahun lalu.


Foto: Wolverhampton Wanderers FC

Pemain berusia 19 tahun ini lahir di Croydon, sebuah tempat di selatan London tetapi mempunyai pertalian da rah Malaysia menerusi ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor. Manakala bapanya berasal dari tanah besar China.

Ini bermakna, Hong Wan yang merupakan bekas kapten Yeovil Town Bawah 18 Tahun (U18) boleh memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaaan senior England, China ataupun Malaysia.

Hong juga menyatakan dia amat terbuka untuk mewakili mana-mana skuad kebangsaan termasuk Malaysia namun pada masa ini dia ingin menumpukan fokus kepada kelabnya terlebih dahulu menurut satu laporan Stadium Astro.

Adam Meets Hong – Part 1

Adam Meets Hong – Part 1Our exclusive interview with Malaysian-Chinese Wolves U23 player Hong Wan – Adam Carruthers found out a bit more about his Malaysian connection, how the former Yeovil U23 captain ended up in Wolves and what Malaysian food does he favour…..?Watch out for Part 2, tomorrow!

Posted by Stadium Astro on Saturday, January 4, 2020

Dalam satu temubual oleh hos Astro Supersport, Adam Carruthers, Hong berkongsi pengalamannya berkunjung ke Malaysia pada tahun lalu.

Dia mengakui Malaysia merupakan sebuah tempat yang menarik dan amat menyukai Jonker Street di Melaka. Hong turut berkongsi makanan kegemarannya di sini iaitu nasi bersama itik panggang.

Menurutnya, bolasepak merupakan sukan kegemarannya sejak kecil lagi dimana dia mula ‘menen dang’ bola semenjak berusia 2 tahun dan setengah. 

Disebabkan minat yang mendalam terhadap bolasepak, ketika berumur 6 tahun, Hong berjaya memasuki sebuah akademi berpengkalan di London iaitu Charlton Atheletic Academy.

Selepas 10 tahun di situ, Hong membuat keputusan untuk menyertai Yeovil Town ketika berumur 16 tahun dan telah membantu skuad Yeovil Town U18 mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah kelab tersebut iaitu menduduki tempat ke-7 dalam saingan EFL Youth Alliance musim 2018/19.

Foto: Wolves Academy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*