Maguire mungkin terlepas aksi separuh akhir menentng City

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire berkemungkinan akan terlepas pertemuan separuh akhir Piala Carabao menentng Manchester City pada Selasa selepas dilanda kecede raan ketika perlawnan Piala FA pada hujung minggu lalu.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Maguire mengalami kecede raan pada kakinya apabila bertembung dengan Adama Traore pada separuh masa pertama sewaktu pasukannya seri 0-0 dengan Wolverhampton Wanderers, tetapi tetap bermain penuh 90 minit perlawnan.

Solskjaer berkata kepada BT Sports beliau tidak pasti sama ada Maguire sempat untuk cergas sepenuhnya untuk perlawnan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Old Trafford.

“Kami hampir-hampir mengeluarkannya ketika rehat separuh masa tetapi dia tetap mahu terus bermain. Kami tidak pasti sama ada dia perlu terus bermain, tetapi dia bersungguh-sungguh mengatakan dia OK,” kata Solskjaer.

‘Dia mungkin agak berge lut sedikit, tetapi kita tengok dulu sama ada dia sempat pulih atau tidak. Kita tidak ada banyak masa. Hari ini Ahad, esok Isnin dan kemudian kita akan bermain sekali lagi pada Selasa.

Pemain kebangsaan England itu beraksi dengan baik pada Sabtu di mana gandingannya dengan Victor Lindelof berjaya memastikan United tidak dibolosi sepanjang perlawnan dengan mengekang asakan-asakan terutamanya dari Traore dan Raul Jimenez.

Pada musim ini, Maguire hanya terlepas empat perlawnan dalam semua pertandingan untuk United dan beliau bermain dalam setiap minit dalam semua perlawnan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiadaan Maguire akan menjejaskan perancangan Solskjaer yang semakin sukar membuat pilihan dengan dua pertahanan tengah, Eric Bailly dan Marcos Rojo sudah pun diketepikan kerana kecede raan.

United turut kehilangan khidmat dua pemain tengah utama, Paul Pogba dan Scott McTominay sebelum ini.

Solskjaer kini berharap Anthony Martial dan Jesse lingard akan kembali untuk perlawnan menentng City selepas kedua-duanya tidak bermain ketika menentng Wolves.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*