Klopp sifatkan penampilan pertama Takumi Minamino sebagai luar biasa

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan penampilan pertama pemain Jepun yang baru sahaja ditandatangani, Takumi Minamino pada perlawnan Piala FA 2019/2020 pusingan ketiga menentng seteru utama, Everton semalam sebagai luar biasa.

Minamino diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau hampir menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu menerusi satu tandukan. Namun, percubaannya tidak menepati sasaran dan bekas pemain Red Bull Salzburg itu digantikan pada minit ke-70 oleh Alex Oxlade-Chamberlain. Liverpool berjaya memenangi perlawnan menerusi gol tunggal Curtis Jones.

Selepas perlawnan tamat, Klopp menyatakan beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh Minamino dan beliau turut menyatakan kehadiran Minamino ke dalam pasukan adalah tepat.

“Luar biasa. Beliau adalah pemain yang kami mahukan dan juga apa yang mahu inginkan selama ini. Turun dalam perlawnan pertama adalah perkara yang tidak pasti sama ada akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.

“Kemahiran yang dimilikinya adalah sangat baik selain memiliki sikap yang luar biasa. Minamino sentiasa cuba untuk menggerakkan jentera sera ngan dari posisi berbeza. Saya juga berpuas hati dengan kembalinya Alex Oxlade-Chamberlain,” kata Jurgen Klopp.

Selain mara ke pusingan keempat, Liverpool ketika ini sedang menduduki tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 13 mata dihadapan Leicester City. The Reds akan turun menentng Tottenham Hotspur pada Sabtu ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*