Stuart Wark tidak sabar beraksi bersama Lee Tuck di TFC

Pertahanan kacukan Scotland-Malaysia, Stuart Wark tidak sabar untuk turun beraksi bersama antara pemain terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Lee Tuck dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Pemain berusia 30 tahun ini telah mengikat kontrak bersama Terengganu Football Club (TFC) bagi tahun  2020 dan telah diperkenalkan secara rasmi oleh pihak kelab pada hari ini.

“Stuart menyatakan beliau sememangnya gembira apabila dapat bersama dengan pasukan ini dan semestinya beliau ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain dan pengurusan TFC. 

“Sememangnya beliau melihatkan beraksi dengan antara pemain terbaik di Liga Malaysia seperti Lee Tuck dan juga Sanjar bakal meningkatkan lagi mutu permainannya dan dapat membantu memantapkan lagi pasukan ini.” tulis kenyataan kelab.


Foto: TFC

Sebelum ini, beliau telah mengikuti sesi latihan bersama pasukan TFC dan diturunkan dalam beberapa perlawnan untuk menilai kebolehannya. Stuart dilihat dapat mengikuti dan menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali pasukan, Nafuzi Zain. 

Oleh sebab itu, pihak pengurusan TFC telah memberi ‘lampu hijau’ kepada Nafuzi untuk merekrut Stuart bagi memperkukuhkan lagi pasukan menjelang sepak mula Liga Super, 28hb februari kelak.

Stuart merupakan pemain baharu yang ke-7 ditandatangani oleh TFC selepas mendapatkan khidmat Faris Ramli, Faiz Nasir, Arif Fadzilah, Nasir Basharudin, Dominique da Sylva dan Babacar Diallo.

Foto: TFC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber: vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*