Kelab Liga Korea berminat dapatkan Akhyar Rashid

Pemain muda Malaysia terus mendapat perhatian kelab dari kelab liga luar negara apabila sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Korea berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap skuad B-22 tahun negara, Akhyar Rashid.

Menurut salah seorang sumber yang memberitahu kepada Vockt FC, kelab Korea tersebut mahu memanfaatkan sepenuhnya peraturan baharu iaitu pasukan yang beraksi dalam saingan K1 League dibenarkan untuk menandatangani seorang pemain dari rantau Asia Tenggara.

Sumber Gambar: FAM

 

Pasukan yang turut beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2020 itu telah mengenal pasti pemain yang mahu direkrut dan mereka berminat untuk menandatangani Akhyar selepas menyaksikan pemain itu beraksi bersama Johor Darul Ta’zim dan juga pasukan negara baik di peringkat senior mahupun skuad B-22 tahun.

“Kelab tersebut beraksi dalam saingan K-League dan mereka telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Akhyar setelah menyaksikan pemain itu beraksi bersama kelab dalam saingan Liga Juara-Juara Asia dan juga pasukan negara,” kata sumber terbabit.

Akhyar Rashid. Sumber Gambar: FAM

 

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan ada beberapa kelab Liga Jepun yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Akhyar. Selain itu, seorang lagi pemain muda negara, Safawi Rasid juga menarik minat kelab luar dimana bekas pemain T-Team itu dikaitkan dengan FC Zurich.

“Pemain muda yang mempunyai kualiti akan dipilih untuk pergi ke FC Zurich. Perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan,” kata TMJ.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*