Kiko Insa buat dua kerja dalam satu masa

Francisco Insa Bohigues alias Kiko Insa. Nama ini cukup dikenali dalam kalangan peminat bolasepak tempatan kerana beliau pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya ketika dibawah bimbingan Nelo Vingada.

Pemain berda rah kacukan Sepanyol dan Malaysia ini turut beraksi dalam saingan Liga Indonesia pada tahun 2015 bersama pasukan Arema FC. Beliau kemudian dipinjamkan ke Bali United sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia menyertai Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kiko Insa yang kini berusia 31 tahun masih aktif sebagai pemain bolasepak dan mewakili JDT II dalam saingan Liga Premier musim 2020. Terbaharu, beliau menjadi ejen bolasepak  dengan membawa masuk pemain dari Ghana, Emmanuel Oti Essigba ke pasukan Madura United dari Indonesia.

Ketika dihubungi oleh Vocket FC, Kiko menjelaskan ini bukan kali pertama beliau menjadi seorang ejen. Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam beberapa perpindahan pemain ke pasukan Liga Malaysia dan Liga Indonesia.

“Saya telah melakukan ini cukup lama di Eropah, Thailand dan Malaysia. Malah, sebelum tiba di Indonesia, saya selalu jadi ejen atau perantara.

“Saya tetap pemain JDT, tapi saya juga melakukan itu. Saya suka apapun tentang bolasepak. Di masa depan, saya ingin menjadi ejen, jurulatih, atau pengurus. Itu perancangan saya,” jelasnya.

Selain itu, Emmanuel Oti juga bukanlah pemain pertamanya yang dibawa ke Indonesia. Malah, Kiko pernah membawa beberapa nama seperti Toni Mossi (Arema FC), Pablo Rodriguez (Mitra Kukar) hingga Fernando Rodriguez (bekas pemain Kedah).

“Tidak. Di Indonesia sebelum ini saya pernah menjadi orang tengah Mossi ke Arema FC dan Madura United. Juga Pablo Rodriguez di Madura dan ke Singapura,” ujar Kiko Insa.

“Fernando Rodriguez juga ketika ke Mitra Kukar dan Kedah FA. Dia adalah penjaring terbanyak Liga Malaysia 2019. Tahun 2015, saya juga menghantar Cristobal Marquez Crespo dan Jorge Gotor ke Mitra Kukar.

“Saya juga melakukan beberapa perpindahan ke Liga Malaysia, seperti Rufino Segovia ke Selangor FA dan Pablo Pallares ke Kedah FA,” tambahnya.

https://www.vocketfc.com/app/uploads/sites/2/2019/05/PSX_20190301_233709.jpg

Ejen pemain import Selangor iaitu Rufino Segovia ialah Kiko Insa sendiri. FOTO: Selangor Kini

 

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia perpindahan pemain, Kiko menyasarkan untuk bersara daripada sukan bolasepak pada usia 36 tahun. Beliau juga merancang untuk mengambil lesen jurulatih dalam masa terdekat.

“Saya akan terus bermain. Saya kembali berlatih bersama JDT minggu depan. Saya sangat senang di sini dan berterima kasih kepada bos saya, Tunku Mahkota Johor (TMJ),” kata Kiko Insa.

“Saya akan bersara nanti ketika saya berusia 36 tahun, itu target saya. Saya juga akan mengikuti kursus kejurulatihan. Saya sedang belajar di rumah melalui online dengan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF),” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*