Rufino Segovia terlepas semua aksi pra-musim, ini jawab B. Sathianathan

Adakah B.Sathianathan telah membuat keputusan tepat dengan mengekalkan penye rang import, Rufino Segovia bagi saingan musim 2020 atau dia sepatutnya mencari sahaja penye rang lain bagi memperkasa sen tuhan penyudah Selangor?

Persoalan itu timbul setelah pemain itu yang tersisih hampir keseluruhan musim 2019 kerana mengalami kecede raan tumit kaki se rius sehingga kini belum menunjukkan tanda-tanda sudah boleh turun bermain.

Pemain kelahiran Sepanyol itu dijangka tidak dapat diturunkan dalam semua aksi pra-musim yang sekaligus merenca tkan persiapan Red Giants untuk saingan Liga Malaysia 2020 namun Sathianathan kekal tenang dan enggan melatah.

“Saya sebenarnya boleh tunggu Segovia kembali cergas dan bila dia betul-betul bersedia untuk diturunkan, barulah diturunkan, tetapi saya tidak tahulah sama ada penyokong boleh tunggu. Kita tidak mahu terburu-buru senaraikan dia, nanti dia main satu atau dua game, kemudian cede ra balik, siapa yang susah.

“Jadi biar pasukan peru batan kita buat kerja mereka dan mengesahkan dia sudah 100 peratus boleh bermain, kita sudah tunggu terlalu lama, kalau kita putus asa sekarang tidak ada gunanya,” kata Sathianathan sekaligus menidakkan tanggapan bahawa khidmat pemenang Kasut Emas 2018 itu akan ditamatkan.

Sebagai rekod Rufino Segovia menyertai Selangor pada jendela perpindahan kedua musim 2017 sebagai pengganti kepada Juliano Mineiro dan menamatkan musim tersebut dengan 10 gol.

Dia muncul penjaring terbanyak musim 2018 setelah menjaringkan 18 gol dalam Liga Super, selain menjaringkan 13 lagi gol dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia untuk mengumpul keseluruhan 31 gol, sekaligus menjadikannya pemain Selangor pertama meledak lebih 30 gol semusim selepas era Bambang Pamungkas pada 2005.

Foto : Asiana.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*