Gol Aimar vs Pahang ketika Liga Super 2014, gamit kenangan No.10 Terbaik Liga Malaysia

Bekas pemain Valencia dan Benfica yang juga lagenda Argentina – Pablo Aimar yang pernah beraksi bersama JDT dianggap sebagai salah sorang pemain import berprofil tinggi yang pernah mewarnai kancah saingan Liga Malaysia.

Malah tidak keterlaluan jika kita ingin melabelkan Pablo Aimar sebagai pemain No.10 terbaik yang pernah Liga Malaysia saksikan.

Beliau yang juga merupakan idola kepada bintang Barcelona iaitu Lionel Messi nyata memberikan impak kepada Liga Malaysia dari segi permainan beliau di atas padang dan juga nilai komersil Liga Malaysia itu sendiri.

Walaupun jodoh beliau dengan JDT cuma sementara, namun beliau akan diingati sebagai salah seorang pemain import berprofil tinggi yang pernah beraksi di Liga Malaysia.

Siapakah yang bakal menerima bolasepak NIKE yang ditandatangani oleh Pablo Aimar? Ayuh sama-sama kita hangatkan suasana…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, September 13, 2013

Gol jaringan Pablo Aimar pada 2014 di saingan Liga Super ini misalnya adalah salah satu gol tercantik, yang disempurnakan dengan kebijaksanaan dan teknik yang baik.

Hasil gerakan dari sebelah kanan seran gan, satu hantaran ‘cut back’ oleh Amri Yahyah kemudiannya dengan tenang dirembat masuk ke penjuru kanan gawang pasukan Pahang pada ketika itu.

Mengimbau kembali perlawnan tersebut, ia nyata adalah salah satu perlawnan klasik Liga Super pada hari ini. Pahang juga bukan calang-calang pasukan pada ketika itu.

GOAAAAAAALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL46' PABLO CESAR AIMARHT PAHANG 1 – 1 JDT

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, February 7, 2014

 

Pertembungan R. Gopinathan dan Mahali Jasuli di sisi kanan; Azidan Sarudin dan Pablo Aimar di tengah; Azamudin Akil dan Shakir Shaari; dan kehadiran penye rang seperti Matias Conti menjadikan perlawnan ini ibarat El Clasico Liga Malaysia pada ketika itu.

Dalam perlawnan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur ini, Hafiz Kamal menjadi wira skuad Tok Gajah apabila jaringan di masa kecede raan beliau memberikan kemenangan 3-2 ke atas JDT.

Walau apapun keputusan perlawnan pada ketika itu, Aimar tetap dikenang sebagai antara pemain import terbaik yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*