TMJ sumbang RM20,000 kepada Harimau Ku dung

Pasukan bolasepak orang ku dung Malaysia mendapat sunt1kan m0ral menjelang Kejohanan Jemputan 6 Negara yang dijadualkan berlangsung pada April ini selepas menerima sumbangan bernilai RM 20,000 daripada Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Pemberian sumbangan itu bersempena jemputan khas Tunku Ismail dan Johor Darul Ta’zim (JDT) buat skuad yang dikenali sebagai Harimau Ku dung tersebut ke Padang Seri Gelam, Johor Bahru susulan satu ciapan dari wakil #ProjekTongkat, Hanif Miswan.

Kunjungan barisan pemain serta wakil Persatuan BolaSepak Orang Ku dung Malaysia (MAFA) pada petang semalam adalah merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) juara Liga Super enam musim berturut-turut itu.

Tunku Ismail bersama-sama Hariss Harun, Farizal Marlias dan Aidil Zafuan Abd Radzak turut tidak melepaskan peluang untuk beraksi menentng para pemain berjiwa besar itu dengan menggunakan tongkat.

Pelbagai ragam dapat disaksikan terutamanya oleh tiga tonggak JDT tersebut ketika beraksi. Bayangkanlah mahu berjalan sambil menggunakan tongkat pun kita berasa amat janggal, inikan pula terpaksa bermain bolasepak dengan menggunakan alat bantuan tersebut.

Di samping dapat beraksi di persekitaran bertaraf dunia bersama Tunku Ismail dan tonggak utama JDT, barisan pemain Harimau Ku dung bimbingan ketua jurulatih, Sunny Shalesh itu turut dibawa meninjau fasiliti-fasiliti yang dimiliki kelab tersebut.

DYAM Pemangku Raja dalam pada itu turut mengakui semangat juang tinggi serta kegigihan dipamerkan barisan pemain bolasepak orang ku dung Malaysia seharusnya menjadi ikutan buat para pemain JDT.

Bagi anda yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan #ProjekTongkat, berikut adalah butiran dan segala keterangan lanjut boleh terus ke Facebook rasmi Projek Tongkat.

* Akaun: Kelab Bolasepak Pan-Disability

* CIMB: 800 204 6126

* Rujukan: MAFA

Kredit foto: Aremilworks

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*