Matt Davies ‘cabar’ pemain muda isi kekosongan di Pahang

Kapten pasukan, Matthew Davies mencabar pemain-pemain muda menampilkan keberanian untuk mengisi kekosongan beberapa posisi di dalam skuad Pahang bagi musim depan.

Beberapa tonggak utama musim 2019 seperti Saddil Ramdani, Safuwan Baharudin, Lazarus Kaimbi, Wan Zaharulnizam, Zubir Azmi dan beberapa lagi pemain lain telah sah meninggalkan pasukan naib juara Liga Super itu.

Namun skuad yang terkenal dengan julukan Tok Gajah itu hanya menandatangani beberapa ‘kuda tua’ serta mengesahkan hanya pertahanan import, Herold Goulon sahaja kekal bersama Pahang.


Foto: Pahang FA

Davies yang menyertai Pahang seawal usia 20 tahun berkata Pahang tidak terburu-buru untuk merekrut pemain import dan pada masa yang sama pertahanan kanan ini turut mencabar pemain-pemain muda untuk mengisi kekosongan posisi utama pasukan untuk mengharungi musim baharu kelak.

“Kami mempunyai (masa) selama dua bulan untuk pramusim, kelab sedang mencuba beberapa pemain. Adalah bagus untuk tidak membuat keputusan secara terburu-buru,” kata Davies yang juga pemain skuad kebangsaan. 

“Ada beberapa pemain muda yang bagus cuba merebut tempat di dalam pasukan. Jurulatih juga menaikkan pangkat empat pemain Piala Presiden ke dalam pasukan.

“Mereka (menunjukkan) keserasian yang baik. Ketika ini, persiapan kami (berjalan) dengan baik, dan akan membina pasukan secara perlahan-lahan sebelum sepak mula musim (baharu).” ujarnya lagi seperti dipetik daripada The Star.


Foto: Pahang FA

Antara pemain muda yang mencur1 tumpuan di dalam kem Pahang musim lepas ialah pemain sayap, Zuhair Aizat dan penye rang lincah, Faisal Halim.

Bercakap mengenai misi peribadinya bersama Pahang pada musim ini, Daview memasang tekad untuk mengekalkan konsistensi beliau sepertimana musim lepas. 

Selain daripada untuk memastikan barisan pertahanan lebih kebal, pemain kacukan Australia-Malaysia ini juga mensasarkan untuk merekodkan sejumlah gol buat Pahang sepanjang tahun 2020.

“(Harapan saya) untuk Pahang, saya mengharapkan pemain-pemain muda akan tampil bagus. Kami dapat lihat dalam sesi latihan mereka bekerja sangat keras.”

“Saya (pula) mahu mengekalkan posisi dan mempertingkatkan lagi beberapa (gaya) permainan saya. Saya mahu lebih (efektif) ke hadapan dan bertahan dengan (lebih) baik.

“Saya sentiasa percaya dengan kerja keras. Itu merupakan (satu) perkara yang tidak berubah.” tambahnya.

Foto: Perak TBG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*