Skuad TFC 2020 tampak lebih meyakinkan – Lee Tuck

Pemain tengah Terengganu Football Club (TFC), Lee Tuck melihat barisan pemain skuad berpengkalan di pantai timur itu tampak lebih meyakinkan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2020 yang akan bermula pada 28hb februari kelak.

Keputusan barisan kejurulatihan dan pengurusan menandatangani beberapa pemain berkualiti dan berpengalaman ke dalam pasukan bakal menjadi ‘resipi’ utama untuk merangkul sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim ini.

Antara pemain yang dibawa masuk ialah Dominique Da Sylva, Faris Ramli, Faiz Nasir, Nasir Basharudin, Arif Fadzilah, Babacar Diallo dan Stuart Wark yang baru sahaja diumumkan semalam.


Sanjar dan Faris mula menyertai sesi latihan pasukan. Foto: TFC

“Ya, saya sangat positif dengan musim baharu ini, saya percaya dengan kemampuan diri dan pasukan bahawa musim ini akan menjadi musim yang terbaik untuk kami merangkul kejuaraan.

“Impian saya ialah untuk menjaringkan lebih banyak lagi gol pada musim ini berbanding musim lalu selain mahu menjulang sekurang-kurangnya satu trofi bersama pasukan sebagai hadiah kepada diri, rakan sepasukan dan peminat selepas tiga musim bersama TFC.” kata Lee Tuck seperti dipetik daripada Harian Metro.

Selain daripada mahu menjaringkan lebih banyak gol, pemain yang terkenal dengan ‘work rate’ tinggi ini mahu mengekalkan konsistensi di atas padang serta menginspirasikan kemenangan kepada pasukan dalam setiap perlawanan yang akan mereka hadapi kelak.

“Jika diimbas kembali, tahun lalu dan 2018 adalah musim yang indah dalam hidup saya bersama TFC, saya sudah memberikan aksi terbaik lebih-lebih lagi hingga mara ke final Piala Malaysia pada 2018 sebelum muncul naib juara tewas kepada Perak.

“Matlamat kali ini ialah dapat memberikan persembahan yang terbaik buat pasukan dan peminat kami yang sentiasa memberikan sokongan padu pada setiap perlawnan,” ujarnya lagi.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*