Kemahiran taktikal Liga Malaysia lebih baik daripada Liga Indonesia – Khairul Amri

Bekas penye rang kebangsaan Singapura yang kini beraksi dengan Felda United, Khairul Amri mengakui kemahiran dan pengetahuan taktikal serta teknikal dalam kalangan pemain pada Liga Malaysia semakin meningkat.

Jelasnya, berdasarkan pengalamannya bermain di Indonesia selain di Liga Singapura, pemain yang bakal menginjak usia 35 tahun ini melihat mutu permainan di Liga Malaysia ada perbezaan tersendiri.

Malah dia mengakui pengalaman bermain di Liga Malaysia antara yang paling mencabar buat dirinya selepas pernah menyarung jersi Lions XII pada 2014 dan 2015 selain Felda United, musim lalu.

“Sebagai pemain Singapura, bermain di sini dapat meningkatkan lagi mutu permainan saya serta rakan sepasukan lain dalam skuad kebangsaan secara individu kerana Liga Malaysia begitu kompetitif.

“Malah pengalaman saya jika hendak dibandingkan ketika bermain di Liga Indonesia, saya rasa daripada aspek kemahiran taktikal, di Liga Malaysia lebih baik.

“ Di Indonesia, kebanyakan pemain beraksi dengan hati mereka tetapi di Malaysia ia berbeza, kebanyakan pemain di sini lebih bijak dalam adaptasi soal taktikal tiap kali mereka turun bermain.

“Sebagai contoh, jika saya bermain di Indonesia dan di dalam situasi menye rang, pemain pertahanan kiri dan kanan mesti akan habis-habisan menye rang tetapi ia berbeza di Liga Malaysia.

“Di sini, permainan lebih kompetitif dan secara disiplinnya mereka lebih seimbang iaitu bukan sahaja daripada sudut menye rang tetapi semasa situasi bertahan, mereka masih lagi turun membantu bahagian bawah, ” katanya.

FOTO: Felda United

 

Khairul Amri yang sudah umumkan persaraan di peringkat antarabangsa pada tahun lalu pernah beraksi di Indonesia bersama Persiba Balikpapan pada 2010 dan 2011 selain banyak menghabiskan kariernya bersama Tampines Rovers di Liga Singapura.

Mengenai cabaran Felda United pada musim depan, Khairul Amri berharap majoriti pemain baharu menyesuaikan diri dengan pemain sedia ada selain skuad diberi jolokan The Fighters itu tidak sekadar menjadi penumpang dalam saingan Liga Super 2020.

“Saya harap mereka semua cepat sesuaikan diri dan lagi cepat, lagi bagus bagi hadapi saingan Liga Super nanti tetapi buat masa ini saya agak teruja melihat senarai pemain baharu.

“Bukan sahaja pemain import namun pemain tempatan yang saya lihat setaraf Liga Super dan harapan saya apa yang berlaku tahun lalu tidak terjadi lagi pada musim ini.

“Kami terpaksa bersaing sehingga perlawnan terakhir di zon penyingkiran dan buat musim baharu, kita letakkan satu sasaran lebih tinggi walaupun mungkin saya lagi selesa dilabel underdog, ” katanya.

FOTO: FAS

 

Walaupun melepaskan ramai pemain berpengalaman seperti Hadin Azman, S.Chanturu, Norazlan Razali dan Christie Jayaseelan, Felda United dilihat masih ada kualiti untuk memberi saingan di bawah kendalian jurulatih muda, Nidzam Jamil.

Antara muka baharu tempatan yang disambar Felda United ialah Azmizi Azmi, Fadhil Idris dan Ariff Farhan Mohd. Isa manakala bagi kuota import, bekas rakan segandingan Khairul Amri di Tampines Rovers, Ryutaro Megumi menjadi pilihan Nidzam.

Selain itu, Felda turut mendapatkan bekas penye rang Negeri Sembilan, Nicolas Velez dan pertahanan import dari Serbia, Nikola Raspopovic

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*