Dua pasukan Liga Super dan Liga Premier dalam ba haya

4 Pasukan Liga Malaysia iaitu 2 pasukan Liga Super dan 2 pasukan Liga Premier berdepan risik0 tidak dibenarkan beraksi pada musim 2020 dan dikenakan huku man berat jika masih belum melangsaikan tunggakan gaji yang melibatkan pemain dan jurulatih.

Menurut Setiausaha agung Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, nasib pasukan itu dijangka akan diketahui pada pertengahan bulan ini selepas pembentangan bajet kewangan dan pemeriksaan dokumen oleh Jawatankuasa Status FAM.

“Terdapat empat pasukan berdepan dengan beberapa 1su (kewangan) dan mereka bakal dikenakan sekatan. Kami sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mereka,” katanya dalam New Straits Times.

FOTO: FAM

 

Antara sekatan yang dimaksudkan oleh Stuart ialah pasukan ini tidak dibenar menggunakan khidmat pemain import untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Selain itu, pasukan tersebut juga boleh kehilangan hak untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana penarikan lesen kelab kebangsaan.

“Sebelum ini saya sudah ingatkan kepada pengurusan pasukan bahawa lesen kebangsaan dan AFC 2020 boleh ditarik balik jika mereka gagal mengemukakan dokumen kewangan yang kukuh untuk suku kedua.

“Oleh itu, mereka belum lagi selamat dan mungkin juga boleh dikenakan huku man pemoto ngan mata atau sekatan pembelian pemain sebagai peringatan supaya tidak melakukan kesalahan sama. FAM tidak lepas tangan namun perlu mencari penyelesaian terbaik dengan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*