Naib juara Liga Kemboja tumbang di tangan Kedah

Skuad Helang Merah memulakan aksi pramusim di Kemboja dengan langkah kanan selepas menewaskan naib juara Liga Kemboja 2019, Visakha FC dengan jaringan 1-0 semalam.

Jaringan tunggal daripada Zaquan Adha memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah sekaligus meningkatkan moral pemain dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan AFC Champions League 2020 menentng kelab Hong Kong, Tai Po FC pada 21 Januari ini.

#VFCKED Masa penuh 0-1. Kedah menghasilkan gol kemenangan melalui Zaquan Adha.Aksi seterusnya menentang Nagaworld FC 9 Januari.#pramusim2020 #cambodia

Posted by FA Kedah on Tuesday, January 7, 2020

Pengendali skuad itu, Aidil Sharin Sahak mahu pemainnya mengambil peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam 6 perlawnan persahabatan yang diaturkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Kita akan memberi peluang kepada semua pemain membuktikan keupayaan mereka.

“Begitu juga perlawnan seterusnya kita akan menggabungkan kombinasi berbeza dengan apa yang diturunkan ketika menentng Kelantan.

“Kita perlu membuat percubaan ‘trial and error’ bagi mendapatkan keserasian terbaik dan ia akan membuka peluang semua pemain mempamerkan keupayaan,” katanya.

Selepas ini, Kedah akan menentng Nagaworld FC pada 9 Januari 2020 Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh. Kemudian mereka akan menentng Boeung Ket FC di gelanggang yang sama pada 10 Januari.

Kedah turut akan menyertai kejohanan jemputan RSN Cup yang melibatkan pasukan Angkor Tiger FC dan Phnom Penh Crown FC yang bermula pada 12 hingga 14 Januari 2020 sebelum pulang ke tanah air.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*