Man United longlai berdepan City

Manchester United sebelum ini memiliki rekod yang cemerlang ke atas big six. Namun kali ini sudah 2 perlwanan berturut-turut mereka tewas di tangan pasukan big six.

Terbaru adalah dalam aksi berhadapan dengan Manchester City dalam saingan Piala Carabao. Di mana pasukan United ditewaskan di gelanggang sendiri dalam aksi yang didominasi Manchester Biru.

Dalam aksi derbi Manchester kali ini, Ole Gunnar Solskjaer menurunkan kesebelasan terkuatnya berhadapan dengan Manchester United dalam usaha beliau mahu mendapatkan piala pertama bersama United sebagai pengurus.

Pep Guardiola merehatkan pemain no.9 beliau dan bermain dengan sistem false 9 dalam perlawnan ini. Ederson diletakkan di bangku simpanan, dan Bravo diberikan kepercayaan untuk berkawal di gawang City.

Manchester City di hadapan menerusi gol oleh Bernardo Silva seawal minit ke-17. Satu rembatan deras yang sangat cantik dari luar kotak penalti.

David De Gea tiada jawapan untuk roket yang dilancarkan itu.

Sebelum rehat, Man City menamnbah 2 lagi gol, untuk masuk ke bilik persalinan dengan 3-0 pada separuh masa pertama.

Riyad Mahrez menerima bola mudah selepas cubaan Lindelof untuk mengeluarkan bola gagal. Lindelof yang melayangkan badannya, gagal untuk memenangi bola.

Mahrez dengan tenang menewaskan David De Gea, yang diturunkan dalam tugasan kali ini, menunjukkan betapa seriusnya mereka mahu menang perlawanan ini.

Biasanya untuk pertandingan piala domestik ini biasanya diberikan kepada Sergio Romero.

Nasib United lebih malang apabila Andreas Pereira tertampan bola ke gawang sendiri. Ianya berpunca daripada rembatan De Bruyne yang diselamatkan oleh De Gea, selepas memperdaya Phil Jones

Ini pertama kali United bolos 3 gol di Old Trafford pada separuh masa pertama, sejak 1997. Separuh masa pertama yang sangat hambar untuk United dengan tanpa sebarang shot on target.

Pada separuh masa kedua, City terus menjadi pasukan yang lebih dominan.

Manchester United berjaya memperbaiki permainan mereka berbanding dengan aksi pada separuh Masa pertama.

Manchester United mendapat gol saguhati menerusi kapten mereka malam tadi iaitu Marcus Rashford yang menewaskan Claudio Bravo menerusi satu lawn satu yang sangat tenang.

Gol itu sangat penting untuk mengurangkan defisit gol yang terlampau besar.

Rashford ternyata memiliki jiwa Manchester United yang sangat tinggi. Beliau antara pemain terbaik dalam perlawnan ini. Namun sayangnya, secara berpasukan, Man City adalah lebih baik.

Tamat perlawnan, Man City menang 3-1 ke atas United di Old Trafford, sekaligus mencerahkan peluang Man City mara ke final sekali lagi Piala Carabao.

Namun begitu Manchester United masih ada harapan untuk bangkit dengan kejayaan Marcus Rashford mengecilkan jurang perbezaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*