Rakan sepasukan Aubameyang sah perkuat jentera tengah Felda United

Skuad The Fighters semalam telah menandatangani pemain skuad kebangsaan Gabon yang juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang iaitu Frederic Bulot bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020.

Pemain yang berusia 30 tahun itu telah melengkapkan kuota pemain import Felda United musim ini sekaligus bakal memperkuatkan jentera tengah berganding dengan pemain dari Jepun, Ryutaro Megumi.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh pengendali skuad itu, Nidzam Jamil yang menyifatkan pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas pemain AS Monaco itu mampu membantu Felda United memberikan tentngan sengit dalam saingan Liga Super 2020.

“Dia main dengan skuad kebangsaan Gabon ketika perlawnan persahabatan antarabangsa menentng Morocco bulan Oktober lepas dan membantu mereka menang 3-2. Bulot boleh bermain sebagai no 10 atau pemain tengah,” katanya dalam The Star.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

L’espérance est le rêve d’un homme qui veille. Les péripéties font parties du roman de ta vie. N’arrête pas de rêver, de croire en toi en te donnant les moyens de tes objectifs. Le temps te le rendra d’une façon ou d’une autre. #chrisbrown #bts #サッカー #jリーグ #fcgifu #fc岐阜 #loveit #believe #nevergiveup

A post shared by Frederic Bulot Wagha (@fredericbulot) on

Difahamkan Bulot sebelum ini pernah menyertai ujian pemilihan bersama beberapa pasukan Liga Malaysia namun masih gagal memikat pengurusan pasukan tersebut.

“Saya tahu dia telah menjalani “trials” dengan beberapa pasukan tetapi apabila saya lihat latar belakangnya, ianya sangat menarik. Dia telah bermain dengan beberapa kelab eropah seperti Charlton Athletic dan kelab Ligue 1 Perancis seperti Reims, Monaco dan Caen.

“Kali pertama lihat dia menjalani latihan, saya cukup kagum dengan tekniknya. Berikan masa, dia akan sesuaikan diri dengan pasukan. Dia juga sangat merendah diri, ini bagus untuk membentuk keserasian bersama rakan sepasukan,” jelasnya.

Frederic Bulot beraksi bersama Charlton Athletic.

 

Mengulas mengenai persiapan menghadapi musim baharu, Nidzam anggap skuad kali ini mempunyai purata umur lebih muda berbanding daripada musim sebelumnya selepas pemergian Hadin Azman, Christie Jayaseelan dan S. Chanturu.

“Musim lepas, semua pemain import kami berusia lebih 30 tahun. Sekarang, kami mempunyai Megumi, Bulot dan Velez yang berusia bawah 30 tahun. Kami juga mempunyai pemain muda tempatan yang berpengalaman beraksi dalam Liga Super dan Liga Premier.

“Skuad kali ini lebih seimbang. Saya mahu pemain tunjukkan aksi sebenar mereka dalam Liga Super. Bila pasukan lawn berdepan kami, mereka perlu tahu ianya susah untuk menewaskan kami,” tambahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*