Damian Yeo tuntut permohonan maaf dari Shukor Adan

Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Damian Yeo menuntut permohonan maaf daripada bekas ketua pasukan Melaka United, Shukor Adan selepas pemain itu dianggap merumitkan keadaan mengenai 1su tunggakan gaji.

Menurut Damian, Shukor sepatutnya berjumpa sama ada dengannya atau Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Setiausaha Agung persatuan, Farhan Ibrahim sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sumber Gambar: MUSA

 

“Memang dia ada hak, saya tidak nafikan, tetapi ini akan melambatkan pembayaran gaji kepadanya. Kita mungkin akan bayar habis tunggakan pada 15 Januari depan atau sekurangnya-kurangnya sebelum Februari 2019.

“Tetapi, bila dia telah failkan afidavit, saya kena jawab dalam tempoh 14 hari dan dia pula kena melakukan perkara sama. Perkara ini mungkin akan berpanjangan hingga saingan liga musim 2020 tamat.

Shukor beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur bagi musim 2020

Sumber Gambar: KL Hawks

 

“Cara mudah adalah dia tarik semula kes dan mohon maaf kepada persatuan, sebab itu saya cakap jika dia mahu bermain dengan api, saya akan berikan dia api,”

“Kalau dia mahukan duit, dia kena minta maaf,” katanya menurut laporan MelakaFA.blogspot.

1su tunggakan gaji Shukor dengan MUSA turut mendapat perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimana baginda mengarahkan Damian agar segera membayar gaji pemain berusia 40 tahun itu.

Sumber Gambar: Instagram TMJ

 

Isnin lalu, Shukor telah menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*