Thailand bela sah Bahrain pada perlawnan pembukaan Saingan AFC B-23 tahun

Pasukan Thailand B-23 tahun memulakan saingan AFC B-23 tahun dengan langkah kanan apabila membe lasah Bahrain dengan keputusan 5-0 pada perlawnan yang berlangsung di Stadium Rajamangala pada Rabu.

Thailand yang turut hadir sebagai kapasiti tuan rumah menurunkan barisan terkuat dalam kesebelasan utama dimana pemain bintang seperti Suphanat Mueanta dan Supachok Sarachat diturunkan.

Skuad bimbingan Akira Nishino itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Suphanat menjaringkan gol seawal minit ke-12.

Bersambung babak kedua, Thailand berjaya menjaringkan empat gol masing-masing menerusi Supachok pada minit ke-47, Suphanat Mueanta pada minit ke-79 serta dua jaringan pantas pemain gantian, Jaroensak Wonggorn pada minit ke-88 dan 90+1.

Kemenangan besar ini sekaligus meletakkan Thailand di puncak kumpulan A selepas perlawnan diantara dua lagi pasukan iaitu Australia menentang Iraq berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Satu lagi wakil Asia Tenggara, Vietnam akan memulakan saingan pada Jumaat ini apabila dijadualkan turun menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :  vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*