Kedah dan Selangor masih belum setaraf JDT

Bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Serbegeth Singh berpendapat Johor Darul Ta’zim tidak akan berdepan sebarang halangan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi selama enam musim terakhir sekaligus meraih trofi ketujuh.

Shebby berpendapat beliau masih belum melihat mana-mana pasukan yang mampu untuk menggugat kelab yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

Sumber Gambar: YouTube

 

Menurut Shebby, Kedah dan Selangor yang dicanang sebagai pasukan yang akan memberikan saingan hebat kepada JDT dianggap belum mencapai tahap yang dimiliki kelab dari Selatan tanah air itu.

“Memang JDT (akan juara Liga Super), mereka pasukan yang kukuh, pasukan yang mempunyai pemain yang jauh lebih baik berbanding pasukan lain.

“Cuma satu kelemahan JDT iaitu di bahagian pertahanan tengah, tapi bukan mudah untuk pasukan lain bersaing dengan mereka. Kalau aspek sera ngan, JDT memang dahsyat,” kata Serbegeth Singh menurut laporan Berita Harian.

Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche antara pemain baharu Kedah. Sumber Gambar: Kedah FA

 

Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin dan Selangor yang dibimbing oleh B.Satianathan merupakan antara pasukan yang berbelanja besar bagi memperkuatkan pasukan.

Kedah menandatangani penjaring terbanyak Liga Super 2019, Kpah Sherman manakala Selangor menandatangani pemain tengah pasukan kebangsaan, Brendan Gan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*