12 permohonan diterima FAM untuk isi jawatan ketua Jurulatih Malaysia B-22

Setiausaha agung Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramlingam mendedahkan pihaknya telah menerima 12 permohonan termasuk daripada empat jurulatih asing yang berminat untuk mengendalikan skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22).

Mereka yang terpilih akan diumumkan pada bulan Mac ini bagi menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang tidak disambung kontrak selepas gagal mencapai sasaran yang ditetapkan oleh FAM.

Menurut kenyataan Stuart Ramalingam dalam Bernama, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan BolaSepak Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin akan menilai kesemua calon berkenaan sebelum menamakan individu yang layak.

“Kita tidak terburu-buru untuk pelantikan segera memandangkan tiada sebarang kejohanan untuk skuad berkenaan pada tahun ini. Prestasi Petunjuk Utama (KPI) dan beberapa perkara lain yang perlu dicapai oleh calon berkenaan akan diputuskan pada Mac nanti,” katanya.

FOTO: FAM

 

Bagaimanapun, FAM masih memerlukan khidmat Ong Kim Swee tetapi bukan sebagai jurulatih sebaliknya bakal mengisi jawatan Ketua Pembangunan Belia dan terlibat dalam program akar umbi.

Kim Swee sebelum ini pernah membantu Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA pada tahun 2011 dan pingat perak pada tahun 2017 di Kuala Lumpur.

Pencapaian terbaik beliau ialah membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China sebelum melakar kejayaan membanggakan dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.

“Ia jawatan yang amat berbeza.

“Sebagai ketua jurulatih, jawatannya berpandukan keputusan perlawnan manakala sebagai pengarah pembangunan belia yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun bersama FAM, kematangan dan pengalamannya memerlukan satu fasa baru dalam kariernya, ia dipersetujui olehnya sendiri.

“Kita akan membuat pengumuman berhubung perkara berkenaan tidak lama lagi,” jelas Stuart.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*