Juara Liga Kemboja benam Felda United

Kelab Preah Khan Reach Svay Rieng FC, sebentar tadi baru sahaja menamatkan perlawnan kedua mereka menentng Felda United dalam siri jelajah pra-musim 2020.

Selepas menumpaskan pasukan Selangor FA 2 hari yang lalu, skuad yang berpangkalan di Svay Rieng, Kemboja itu telah mengalahkan Felda United dengan keputusan 2-1 yang berlangsung di padang USIM, Nilai.

Pasukan Felda United berjaya mendahului dengan kelebihan 1 gol tamat separuh masa pertama, hasil jaringan pemain dari Jepun, Megumi pada minit ke 6.

Namun, skuad bimbingan Conor Nestor itu bangkit dengan menjaringkan 2 gol pada babak kedua perlawnan yang dijaringkan oleh Many Udom (minit ke 76) dan Phallin (minit ke 85), dan keputusan kekal sehingga tamat perlawnan.

Skuad Svay Rieng itu akan bertemu pasukan Terengganu FC pula selepas ini yang dijadualkan akan berlangsung di UM Arena pada 13 Januari 2020, jam 8.45 malam.

Svay Rieng FC merupakan wakil tunggal kelab Kemboja yang akan turun beraksi dalam pusingan play-off kejohanan AFC Cup 2020 bertemu pasukan Master7 FC dari Laos pada 22 dan 29 Januari nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*