Kuwait bakal uji kekuatan Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe bakal diuji dalam satu lagi perlawnan persahabatan antarabangsa menentng pasukan di ranking 147 dunia iaitu Kuwait pada bulan Jun 2020.

Kuwait ialah negara ketiga dari Asia Barat yang berminat untuk menentng Malaysia selepas Bahrain dan Palestin turut menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan perlawnan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, Malaysia dijangka akan menentng Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Jun 2020 sebelum berlepas ke Bangkok untuk aksi terakhir kumpulan G menentng Thailand pada 9 Jun 2020.

“Kami baru terima berita daripada Kuwait bahawa kami mungkin akan mengadakan perlawnan persahabatan, Jun depan, sebelum beraksi di Thailand.

“Kami mungkin mengharungi perlawnan persahabatan di tempat sendiri sebelum berlepas ke Bangkok,” katanya dalam Stadium Astro.

FOTO: FAM

 

Negara dari Asia Barat menjadi pilihan FAM untuk atur perlawnan persahabatan bagi memastikan skuad Harimau Malaya lebih bersedia dari segi fizikal dan men tal kerana baki 3 perlawnan kumpulan G bakal menghadirkan tentngan sengit.

Malaysia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand.

Justeru itu, FAM enggan melepaskan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kami bukan sahaja menumpukan perhatian kepada (usaha memperbaiki) ranking tetapi perlawnan yang mencabar

“Ia diharap memberi pengalaman dan persediaan kepada pasukan untuk menghadapi perlawnan seterusnya,” jelas Stuart.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*