Akibat gagal melunaskan gaji pemain, ini yang berlaku terhadap sebuah Kelab Thailand

Sebuah kelab bolasepak profesional Thailand, Ubon United terpaksa berdepan dengan huku man berat selepas kegagalan pihak pengurusan untuk melunaskan pembayaran gaji yang tertunggak kepada pemain mereka musim lalu.

Walaupun mereka menamatkan kedudukan liga di tempat ke 17, disebabkan 2 pasukan lain yang telah menutup pasukan iaitu Thai Honda FC dan Army United, Ubon United kekal dalam saingan T2. Oleh kerana mereka gagal memenuhi syarat perlesenan Thai League, Ubon United perlu diturunkan ke saingan Thai League 4.

Keputusan penurunan Ubon United ke saingan Thai League 4 telah diumumkan secara rasmi oleh pihak Persatuan BolaSepak Thailand (FAT) pada 23 November 2019 yang lalu melalui laman web rasmi mereka, selain beberapa keputusan lain mengenai masa depan kelab yang bermasalah.

Selepas itu, pihak Thai League turut mendapati bahawa Ubon United mempunyai masalah tunggakan gaji kepada pemain-pemain mereka selepas berakhir musim 2019. Disebabkan kegagalan menyelesaikan perkara itu, mereka terpaksa diturunkan 1 lagi divisyen ke saingan Thai League 5 untuk musim 2020 ini.

Untuk makluman, saingan Thai League 5 ini adalah divisyen paling bawah dalam hierarki bolasepak Thailand, dimana ia menjadi medan bagi kelab-kelab amatur untuk bersaing dan terbahagi kepada 12 region secara keseluruhannya.

Hierarki saingan liga bolasepak Thailand;

  • Thai League 1 (Toyota Thai League): 18 pasukan (PRO)
  • Thai League 2 (M-150 Championship): 18 pasukan (PRO)
  • Thai League 3 (Omsin Pro League): 32 pasukan (Semi-pro)
  • Thai League 4 (Omsin League): 64 pasukan (Semi-pro)
  • Thai League 5 (Liga Amatur): 119 pasukan

Secara keseluruhannya, dari hierarki diatas kita dapat lihat bahawa dalam saingan 5 divisyen yang diterapkan di Thailand ini, mereka mempunyai 251 buah kelab bolasepak yang secara aktif beraksi.

Berbalik kepada isu Ubon United diatas, kita secara jelas nampak pihak Thai League tanpa ragu-ragu menjatuhkan hukuman kepada pasukan selepas dibuktikan mempunyai isu atau masalah terutama berkaitan perlesenan kelab dan tunggakan gaji pemain.

Semoga liga bolasepak di Malaysia juga akan lebih telus dan berjaya menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti untuk skuad Harimau Malaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*