Keputusan kes Akhyar Rashid berpihak kepada Kedah FA

Masihkah anda ingat drama perpindahan kontr0versi pemain muda negara, Akhyar Rashid daripada pasukan Kedah FA ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal Januari tahun lalu sehingga menjadi mence tus pendebatan hangat dalam kalangan peminat bolasepak tempatan?

Pemain itu dikehendaki membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA sebelum berhijrah ke pasukan lain manakala pasukan baharunya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Bagaimanapun, KFA dilaporkan tidak berpu as hati dengan keputusan Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.

KFA ketika itu terpaksa membawa kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setelah pelbagai saluran lain tidak menampakkan sebarang penyelesaian.

Namun, hari ini Setiausaha Agung Persatuan BolaSepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar melalui satu kenyataan di laman facebook miliknya mengumumkan keputusan Asian International Arbitration Centre (AIAC) yang dirujuk sebagai Majlis Timbangtara, kini telah memihak kepada KFA.

Assalamualaikum..Ketika catatan ini di buat, saya sedang berada di Kota Phnom Penh untuk meneliti perkembangan serta…

Posted by Asmirul Anuar on Friday, January 10, 2020

“Buat seluruh penyokong serta rakyat negeri Kedah, ada perkhabaran penting yang ingin di kongsi bersama. Semoga dapat memberi sedikit kelegaan kepada penyokong kesayangan kita pasukan Kedah.

“Merujuk kepada kes ‘Perpindahan Akhyar’, Asian International Arbitration Centre (AIAC), merujuk kepada Majlis Timbangtara (COURT OF ARBITRATION) menurut Akta Timbangtara 1952 oleh Timbangtara yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak yang berseng keta

“Apa yang dapat di fahami, menurut Majlis Timbangtara, kes berpihak kepada KFA. Kita menang tetapi jumlah pampasan yang di tetapkan masih lagi perlu di pertimbangkan,” kata kenyataan itu.

Meskipun keputusan berpihak kepada KFA, namun mereka masih belum berpuas hati dengan jumlah pampasan yang ditawarkan kerana tidak melibatkan pampasan latihan.

“Berita ini bercampur (Suka dan Ralat). Suka kerana kita di pihak yang benar. Sedikit ‘ralat’ kerana jumlah pampasan yang ditawarkan tidak di sertai bersama pampasan latihan (without training compensation).

“Sebolehnya saya ingin segera mengadakan perbincangan di kalangan exco KFA agar dapat berbincang secara teliti tentang pemasalahan dan tuntutan yang ingin di utamakan.

“Peguam mencadangkan agar kami (KFA) segera memfailkan tuntutan lain (terkini) selari dengan jumlah tuntutan yang diperlukan. Tentunya kita tidak akan bertolak ansur tentang jumlah tuntutan.

“Saya tidak dapat menyertakan jumlah pampasan yang akan di tawarkan kerana ianya masih dalam proses perundangan. InsyaAllah saya akan menyatakan dalam sidang media apabila kesemua proses tuntutan yang baru telah siap di bincangkan.

“Kita masih berpeluang dan masih boleh mendapatkan jumlah pampasan latihan dengan tuntutan yang baru,” jelas Asmirul.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*