Duo penye rang, Kaimbi dan Dickson kekal bersama Pahang?

Penye rang import Pahang musim 2019, Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi dipercayai telah selamat tiba di bumi Malaysia sejak semalam.

Menerusi muat naik Instagram Story kedua-dua pemain, Dickson dan Kaimbi dilihat menghabiskan masa bersama dan berkongsi keberadaan mereka di Kuala Lumpur.

Keberadaan mereka di sini menguatkan lagi jangkaan para peminat terutamanya melibatkan Dickson Nwakaeme untuk terus kekal bersama skuad Tok Gajah pada saingan Liga Malaysia 2020.

Tangkap layar daripada Instagram Story Dickson Nwakaeme yang sedang meluangkan masa bersama Lazarus Kaimbi di Kuala Lumpur, semalam.

Malah menerusi respon beliau kepada seorang penyokong Tok Gajah beberapa hari lalu, penye rang berusia 33 tahun ini turut memberikan bayangan akan kembali menyertai skuad kendalian Dollah Salleh.

Bagaimanapun, kembalinya penye rang Namibia iaitu Lazarus Kaimbi ke sini mengundang tanda tanya. Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah mengumumkan melepaskan khidmatnya pada penghujung musim lalu menerusi satu laporan media tempatan.


Foto: Pahang FA

Antara pemain lain yang turut dimaklumkan dilepaskan Pahang pada ketika itu ialah Safuwan Baharudin, Saddil Ramdani dan penye rang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Adakah Pahang membuat u-turn berkenaan Lazarus Kaimbi? Atau telah direkrut pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Pahang FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*