Hentikan ‘marketing’ guna nama saya! – Mat Yo

Penye rang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menutup speku lasi mengaitkannya dengan perpindahan ke pasukan lamanya, Kelantan.

Menerusi satu muatnaik dalam tulisan Jawi di Instastory peribadinya, pemain itu menulis, “Tidak sama sekali (akan kembali) bermain bersama Kelantan. Berhentikan khabar angin dan marketing anda!”

Ia dipercayai ditujukan kepada beberapa individu dalam Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang seolah memberi bayangan kepada penyokong pasukan itu bahawa dia antara pemain yang akan memperkuatkan Kelantan pada musim 2020, sehingga ia menjadi speku lasi hangat di media sosial.

Sebagai rekod, Norshahrul Idlan pernah mewakili Kelantan selama tiga musim dari 2010 – 2012, di mana pada ketika itulah dia menyerlah mencipta nama selaku penye rang terbaik arena bolasepak tempatan. Dia membantu Kelantan menjulang pelbagai trofi dan dinobatkan sebagai Penye rang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama tiga musim berturut-turut.

Norshahrul berhijrah ke Johor Darul Takzim pada 2013 dan selepas dua musim dia berhijrah ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM – 2015), Terengganu FC (2016), Felda United (2017) sebelum menyertai Pahang pada 2018. Selepas dua musim bersama Pahang dan membina semula nama sehingga kembali dipanggil menyertai skuad Harimau Malaya, khidmatnya bagaimanapun tidak dilanjutkan Pahang pada penghujung musim lalu.

Dia difahamkan telah mengadakan rundingan dengan beberapa pasukan, namun belum ada pengumuman rasmi pasukan mana yang akan disertainya, namun setelah pengendali Kelantan Yusri Che Lah memberitahu sedang berusaha mendapatkan seorang penye rang tempatan berpengalaman untuk mengemudi jentera sera ngan, nama Norshahrul mula dikaitkan dan speku lasi itu diperkuatkan menerusi beberapa kenyataan berbentuk ‘hint’ oleh orang dalam KAFA sendiri.

Setakat ini, Kelantan telahpun membawa masuk beberapa pemain antaranya Wan Zaharulnizam Zakaria, Nazrin Nawi dan Faridzuan Kamarudin namun masih belum menandatangani khidmat seorangpun pemain import.

Yusri Che Lah sebelum ini memberitahu akan mengumumkan skuad Kelantan 2020 selepas aksi persahabatan menentang Terengganu FC II pada 17 Januari depan.

Foto :  FAM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*