Tchetche semakin dilupakan, Dominique Da Sylva mula ambil hati penyokong TFC

Ketiadaan penye rang Ivory Coast, Tchetche Kipre semakin dilupakan dan kehadiran penye rang baharu, Dominique Da Sylva mula mendapat tempat di hati para penyokong Terengganu Football Club (TFC). 

Ketika perlawnan persahabatan di antara TFC dan Kelantan United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam, ramai kalangan penyokong mula meyakini kebolehan penye rang itu.

Malah Da Sylva turut menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua hasil umpanan cantik daripada pemain tengah, Sanjar Shaakhmedov sekaligus membantu TFC mencatatkan kemenangan 2-1.

Ketua jurulatih, Nafuzi Zain turut memuji peningkatan yang dipamerkan oleh Da Sylva serta pemain-pemain lain namun menuntut peningkatan yang lebih baik terutamanya dalam aspek keserasian dan kesefahaman pasukan.

“Jika dilihat tahap kecergasan dan rentak permainannya semakin meningkat meskipun masih dalam proses menyesuaikan diri.

“Saya optimis bukan saja Da Sylva tetapi pemain-pemain yang saya ambil mampu memberikan sesuatu,” katanya selepas perlawnan seperti dipetik daripada Stadium Astro.

Perlawnan yang turut dihadiri sekitar 8000 penonton itu melihatkan TFC tidak menurunkan kesebelasan utamanya. Kelibat kapten pasukan, Lee Tuck serta pemain kebangsaan Singapura, Faris Ramli turut tidak kelihatan.

Nafuzi menjelaskan dua pemain tersebut baru sahaja menjalani latihan bersama pasukan dan mereka akan diturunkan dalam beberapa perlawnan persahabatan yang akan datang.

“Majoriti pemain utama saya baru sahaja tiba, antaranya (Sanjar) Shaakhmedov, Faris (Ramli) dan (Lee) Tuck manakala Faiz (Nasir) dan Sharin (Sapien) pula cede ra.

“Semua pemain perlu bekerja lebih keras sebelum se pak mula Liga Super dan selepas ini, kami ada beberapa perlawnan ujian lagi,” ujarnya.

Untuk perlawnan persahabatan seterusnya, TFC akan menentng juara Liga Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC.

Foto: Terengganu Football Club

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*