Kalau tak mampu bayar gaji, tutup kedai – Satiananthan

Presiden Persatuan Jurulatih BolaSepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan berharap Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana pasukan Liga Malaysia yang masih belum melunaskan tunggakan gaji kepada pemain dan jurulatih.

Beliau yang juga ketua jurulatih Selangor menyifatkan semua pasukan dalam Liga Malaysia seharusnya mengambil pendekatan “ukur baju di badan sendiri” sebelum menandatangani pemain bintang dengan bayaran gaji yang lebih tinggi.

“Bagi saya senang. Tegas tak tegas, pasukan negeri atau kelab kena tahu ‘ukur baju di badan sendiri.’ Kalau tak mampu tu janganlah (terlibat) dengan dunia (bolasepak) profesional.

“Kalau tak mampu jadi pro, jadi amatur. Kalau bukan doktor pakar, jadi doktor biasa-biasa dan kalau tak mampu ikut syarat ditetapkan oleh FAM, Konfedarasi BolaSepak Asia (AFC) atau Liga BolaSepak Malaysia (MSL), jangan t1pu diri sendiri.

“Kalau tak mampu bayar gaji, tutup kedai. Yang mampu masuk liga profesional dan yang tak mampu main Liga M3,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

 

FAM sebelum ini membayangkan beberapa pasukan bakal kehilangan hak untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana berdepan ris1ko penarikan lesen kelab kebangsaan.

Ia merupakan ama ran terakhir daripada badan induk itu jika pasukan tersebut gagal melangsaikan tunggakan gaji dalam tempoh yang ditetapkan.

Satiananthan juga berpendapat setiap pasukan perlu ada perancangan kewangan yang sistematik supaya tiada lagi masalah lain yang akan berlaku pada masa akan datang.

“Lagi satu bagi saya, perancangan kewangan sesebuah pasukan itu perlu dibuat dengan teliti supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

“Hari ini ada pasukan yang tak mampu sebenarnya, tapi kata boleh ‘dapat’ dari sana, boleh ‘dapat’ dari sini, tapi belum dapat lagi. Ada juga yang kata boleh ‘dapat’ bila stadium penuh. Sebenarnya, memang kena kira betul-betul,” tambahnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*