Majlis pelancaran jersi Perak FA 2020 ditangguhkan gara-gara kualiti jersi yang ‘cikai’?

Majlis pelancaran jersi pasukan Perak FA musim 2020 sepatutnya dilangsungkan semalam di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh telah dibatalkan kerana pihak penganjur dikatakan menghadapi masalah teknikal.

Dari maklumat yang kami terima, punca utama kepada penangguhan itu adalah kerana kegagalan pihak pembekal menyediakan jersi mengikut standard yang dikehendaki oleh PAFA dalam kes ini.

Kualiti hasil pembuatan yang dikategorikan sebagai ‘cikai’ itu membuatkan pihak pengurusan PAFA terpaksa menangguhkan majlis dan mahu pihak pembekal memperbaiki kualiti sebelum menyerahkannya kembali kepada PAFA.

Beribu-ribu helai jersi yang telah ditempah oleh PAFA untuk dibuka jualan ketika majlis pelancaran itu berlangsung, namun segalanya tidak berlaku seperti dirancangkan kerana kualiti yang diterima itu tidak menepati apa yang PAFA mahukan.

DITUNDA!⠀⠀Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Pelancaran Jersi & Memperkenalkan Pemain Perak FA Musim 2020 (jam 11 pagi)…

Posted by Perak TBG on Thursday, January 9, 2020

 

Jenama JAKO bukan kali pertama mempunyai masalah seperti ini kerana sebelum mereka juga turut menghadapi masalah ketika bersama pasukan Pahang FA sehinggakan skuad Tok Gajah terpaksa mencari alternatif lain menggunakan jenama FILA sekitar musim 2017.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan bila majlis pelancaran jersi pasukan Perak FA akan diadakan semula, namun dijangkakan akan berlangsung sekitar bulan Febuari 2020 untuk memberikan masa yang cukup untuk pihak pembekal menyediakan jersi dengan kualiti seperti yang dikehendaki oleh pihak pengurusan PAFA.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*