Madura United sertai perlawnan pra-musim di Malaysia

Madura United, pasukan yang menamatkan saingan Liga 1 Indonesia 2019 di kedudukan ke-5, mengesahkan menerima jemputan perlawnan pra-musim 2020 dari pasukan JDT dan juga Terengganu.

Skuad yang menggunakan gelaran Laskar Sapeh Kerab itu menghebahkan berkenaan jemputan tersebut melalui laman sosial Instagram rasmi mereka, dan bersedia untuk hadir memenuhi jemputan tersebut.

Mereka dijangka akan berangkat ke Johor Bahru pada 19 Januari 2020 dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan JDT II pada 21 Januari.

Selepas itu akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk perlawnan seterusnya menentng skuad bimbingan Nafuzi Zain dan Roshadi Wahab.

Skuad Madura United yang dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih pasukan T-Team, Rachmad Darmawan itu akan bertemu pasukan Terengganu FC pada 24 Januari dan selepas itu mengadakan perlawnan dengan pasukan Terengganu FC II pula pada 26 Januari 2020.

Pertemuan dengan Madura United ini merupakan peluang kepada ketiga-tiga pasukan dari Malaysia untuk berdepan dengan pemain naturalisasi Indonesia iaitu Beto Goncalves yang telah mempamerkan aksi cemerlang pada musim 2019 – 25 gol, 8 bantuan gol dari keseluruhan 41 perlawnan.

Khas bagi penyokong pasukan Terengganu FC yang menetap di Lembah Kelang, skuad bimbingan Nafuzi Zain dijadualkan akan bertemu juara Metfone Cambodian League 2019, Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada 13 Januari 2020 di UM Arena, kehadiran anda pastinya akan memeriahkan lagi suasana perlawnan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*