Jepun tersingkir dari saingan AFC B-23

Pasukan Jepun tersingkir daripada saingan AFC B-23 tahun selepas tunduk kepada pasukan Syria dengan keputusan 2-1 pada perlawnan yang berlangsung di Stadium Thammasat pada Ahad.

Jepun merupakan juara pada saingan edisi 2016 dan mereka menjadi salah satu pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama bagi merebut trofi kejuaraan pada edisi kali ini.

Namun, segalanya tidak menjadi pada pertemuan menentng Syria dimana The Samurai Blue ketinggalan seawal minit ke-9 menerusi sepa kan penalti yang disempurnakan oleh Abdul Al-Rahman Barakat.

Ketinggalan pada minit-minit awal permainan membuatkan skuad kendalian Hajime Moriyasu itu menggandakan asakan dan mereka memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Yuki Soma pada minit ke-30. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan seimbang.

Memasuki separuh masa kedua, Jepun dan Syria saling sera ngan namun nasib lebih berpihak kepada skuad kendalian Ayman Hakeem itu dimana mereka memperoleh gol kemenangan pada minit ke-88 menerusi Ahmad Dali.

Kekalahan di tangan Syria bermakna Jepun tersingkir daripada saingan dengan catatan dua kekalahan daripada dua perlawnan peringkat kumpulan.

Pada perlawnan pertama, mereka tewas kepada pasukan Arab Saudi juga dengan keputusan 2-1.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*