Elak kes Akhyar berulang, FAM mansuh Artikel 15.A,

Sebelum ini Persatuan BolaSepak Kedah (KFA) telah mengumumkan kemenangan mereka berkaitan 1su membabitkan 1su perpindahan kontr0versi bekas pemain mereka, Akhyar Abdul Rashid ke JDT.

Ini selepas kes itu dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam pula menegaskan bahawa keputusan AIAC itu hanyalah di antara Akhyar Rashid dan KFA. Jadi pampasan itu perlulah diselesaikan oleh Akhyar Rashid dengan KFA.

Bercakap kepada BERNAMA, Stuart berkata: “Supaya semua lebih memahami, kes ini adalah mengenai Akhyar dan Kedah berhubung kontrak bersama bekas majikannya sebelum ini. Mudah sahaja. Ia tidak melibatkan JDT atau mana-mana pihak.”

“Apabila kes ini dibawa ke timbang tara, ia antara peguam kedua-dua pihak. Malah FAM tidak menerima sebarang maklum balas atau diundang untuk ke sana (AIAC) sebagai saksi sehingga lah keputusan keluar seperti yang kita tahu mengenai kes ini,” katanya lagi.

Akhyar Rashid sah menjadi milik JDT pada Disember 2018 ketika FAM dan KFA masih berbalah mengenai 1su perpindahan pemain terbabit.

KFA pernah mengemukakan rayuan kepada FAM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk itu yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar Rashid.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan keputusan mereka, bahawa pemain itu hanya perlu membayar RM210,000 untuk menebus baki kontraknya bersama KFA untuk berhijrah ke pasukan lain.

Seterusnya pasukan baharu beliau iaitu JDT hanya perlu membayar RM75,000 kepada KFA.

Kes itu banyak dipengaruhi oleh Artikel 15.A, Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM.

Untuk mengelak kes yang sama berulang, Stuart Ramalingam menegaskan bahawa klausa kontr0versi itu sudah dikeluarkan untuk musim bermula 2020 ini.

Kredit Foto: FAM

 

“Kita nampak kelemahan dalam Artikel 15.A yang telah digunakan beberapa kali sebelum ini.”

“adi dalam garis panduan RSTP (Peraturan Status dan Perpindahan Pemain) untuk musim 2020, klausa yang kontroversi telah dikeluarkan sekali gus selaras dengan garis panduan FIFA dan AFC (Konfederasi BolaSepak Asia).”

“Ia untuk pastikan tiadanya kekeliruan dalam kes ini yang akan berlaku lagi. Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pasukan dan berkuat kuasa awal tahun ini.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*