Persib bakal uji dua pemain import baru di Piala Cabaran Asia

Persib Bandung yang akan menyertai kejohanan pramusim, Piala Cabaran Asia anjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di Shah Alam nampaknya akan membawa dua pemain import untuk menilai prestasi mereka sebelum menandatangani kedua-dua pemain itu.

Dua pemain dari Brazil, Joel Vinicius dan Wander Luiz merupakan sebahagian daripada skuad Maung Bandung yang akan menyertai Piala Cabaran Asia nanti. Kedua-dua pemain ini pastinya berharap akan diturunkan dalam perlawnan berdepan Selangor pada 18 Januari dan Hanoi FC pada 19 Januari nanti.

SAKSIKAN 4 PERLAWANAN HEBAT DENGAN RM15 SAHAJA!Jangan lupa untuk dapatkan tiket ke kejohanan #SelangorAsiaChallenge…

Posted by FA Selangor on Thursday, January 9, 2020

Skuad kendalian Robert Alberts itu akan bertolak ke Malaysia pada hari Khamis ini (16 Januari) ini.

Selain daripada Persib, turut menyertai kejohanan pramusim yang kali pertama dianjurkan di Malaysia ini adalah kelab Thailand, Bangkok United dan kelab Vietnam, Hanoi FC selain daripada pasukan tuan rumah, Selangor. Kesemua perlawnan akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Pengurus pasukan Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sidang media pada hari Ahad, berharap agar peminat bolasepak akan dapat melihat permainan hebat daripada kesemua empat kelab yang beraksi nanti.

“Keistimewaan penganjuran ini adalah pertama kali dalam sejarah di Malaysia, satu pasukan menganjurkan kejohanan rasmi pra musim.

“Ini satu pencapaian baharu yang baik, belum pernah dianjurkan di Malaysia apabila kita menjemput pasukan hebat di negara Asia iaitu Hanoi FC, Persib Bandung, Bangkok United.

“Tiga pasukan gergasi akan hadir. Itu satu juga peluang kepada warga Shah Alam menikmati dan melihat kualiti bolasepak ini di peringkat Asia. Kita mahu menjadi sebahagian daripada perlawnan ini,” kata Johan.

 

Kredit foto: Persib Bandung

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : Foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*