Punya 68 rakan penaja, bagaimana Tokyo Verdy menguruskan semua penaja ini?

Setiap kali bermula musim baru kita dapat saksikan bahawa banyak pasukan dalam saingan liga Malaysia begitu ‘struggle’ mencari rakan penaja bagi meneruskan kelangsungan pasukan.

Jika tidak kerana peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri dan sebagainya, boleh dikatakan pasukan bolasepak Malaysia ini mati kerana tidak mampu meneruskan operasi.

Berbalik kepada tajuk asal berkaitan bagaimana kelab Jepun meletakkan rakan penaja dalam beberapa kategori mengikut tempat dan peruntukan yang mampu milik oleh rakan penaja supaya semua pihak gembira dan tidak timbul masalah dikemudian hari.

Sekiranya ada yang pernah melihat laman web rasmi kelab Jepun, anda boleh nampak mereka ini kebiasaannya mempunyai berpuluh-puluh rakan penaja malahan ada yang mempunyai sehingga seratus rakan penaja. Namun, bagi memastikan semua rakan penaja jelas dengan slot yang diambil, pihak pengurusan telah menyenaraikan beberapa kategori pilihan.

Cuba kita lihat contoh pasukan Tokyo Verdy dibawah ini untuk memahami lebih lanjut tentang perkara ini.

Tokyo Verdy FC mempunyai 4 kategori utama rakan penaja seperti dalam gambar, tetapi hari ini kita hanya akan menyentuh 1 kategori sahaja iaitu Corporate Partner.

Corporate Partner adalah rakan penaja yang bekerjasama dengan pasukan, namun terbahagi kepada beberapa kategori seperti dibawah;

  • Rakan Penaja Jersi
  • Pembekal Jersi
  • Rakan Penaja Jersi Latihan
  • Official Suits Partner
  • Total Car Partner
  • Club Partner
  • Suppliers
  • Education Partner
  • Translation Partner
  • Digital Partner
  • PR Partner
  • CSR Partner

Secara keseluruhannya, corporate partner untuk kelab Tokyo Verdy ini adalah sebanyak 68 syarikat.

Ada rakan penaja yang menyumbangkan wang tunai dan ada juga yang menyumbang khidmat untuk aktiviti pasukan bersama komuniti – menjimatkan kos pasukan untuk bertemu masyarakat setempat disamping membolehkan rakan penaja mendekati komuniti.

Sebagai contoh, jika kelab mahu melakukan aktiviti PR, mereka akan menggunakan khidmat syarikat PR Times, untuk aktiviti CSR pula mereka akan menggunakan khidmat syarikat Ready For, bagi aktiviti berkaitan pendidikan mereka akan menggunakan syarikat Freecom dan sebagainya.

Syarikat-syarikat seperti ini memerlukan pengaruh yang ada pada Tokyo Verdy untuk meningkatkan kredibiliti selain untuk capaian kepada sasaran mereka, dan di pihak kelab pula mereka tidak perlu menjadi ‘bidang terjun’ dalam sesuatu aktiviti yang bukan kepakaran mereka.

Contoh syarikat yang menjadi ‘Club Partner’ kepada kelab Tokyo Verdy

 

Pastinya setiap rakan penaja mempunyai sasaran dan apa yang mereka perlukan untuk perniagaan, dan hubungan yang baik dengan kelab setempat akan memudahkan mereka mencapai sasaran itu.

Ini sebenarnya contoh bagi kelab yang tidak berapa besar seperti Tokyo Verdy, bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh gergasi J.League seperti Kashima Antlers, Yokohama F Marinos, Kawasaki Frontale, Urawa Reds dan sebagainya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*