Conor Nestor dedah rahsia kejayaan juara Liga kemboja, Svay Rieng FC

Dua kemenangan dalam dua perlawnan jelajah pra-musim di Malaysia telah membukti juara Liga Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC ini bukanlah calang-calang pasukan.

Dua pasukan yang ditumbangkan itu juga bukanlah pasukan sebarangan tetapiΒ merupakan pasukan Liga Super Malaysia. Menang 4-0 ke atas Selangor pada Khamis, Svay Rieng kemudian menjinakkan Felda United 2-1 di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada Sabtu.

Ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain import baharu Felda, Ryutaro Megumi, pasukan yang berpangkalan di tenggara Kemboja itu bangkit dengan menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi jaringan Hoy Phallin dan bekas pemain Negeri Sembilan, Prak Mony Udom.

πŸ”ˆ 2020 Pre-Season Malaysia Tour – Full-Time ScoreπŸ’₯ FELDA UNITED FC 1-2 Preah Khan Reach Svay Rieng FC⚽️ #17 Megumi (06…

Posted by Preah Khan Reach Svay Rieng FC on Saturday, January 11, 2020

Ketua Jurulatih Svay Rieng, Conor Nestor yang ditemubual oleh SemuanyaBOLA selepas perlawnan mengatakan beliau tidak mahu fokus kepada keputusan perlawnan kerana ianya sekadar persediaan pra-musim bagi menilai prestasi pemain sebagai persiapan untuk saingan Piala AFC yang akan bermula tidak lama lagi.

β€œSaya berpuas hati dengan persembahan pemain saya ketika berdepan Selangor dan hari ini menentng Felda. Kita semua tahu pasukan-pasukan Malaysia sangat bagus dan sangat kompetitif, malah Liga Malaysia juga merupakan salah satu liga yang hebat di rantau ini.

β€œSasaran tahun ini adalah mempertahankan kejuaraan liga kerana hanya dengan memenangi liga sahaja kami akan mendapat peluang ke saingan Piala AFC. Saya percaya pengalaman untuk beraksi di peringkat Asia itu amat penting dan sangat berharga,” ujar Conor.

αžαŸ„αŸ‡αž‘αŸ…αž‘αžŸαŸ’αžŸαž“αžΆαž“αŸ…αžšαžΌαž”αž—αžΆαž–αžαŸ’αž›αŸ‡αŸ—αžšαž”αžŸαŸ‹αž–αž½αž€αž™αžΎαž„αž€αŸ’αž“αž»αž„αž€αžΆαžšαž”αŸ’αžšαž€αž½αžαž“αžΆαž™αž”αŸ‹αž˜αž·αž‰αž‘αžΆαŸ†αž„αž’αžŸαŸ‹αž‚αŸ’αž“αžΆ!!Check out some of last night's action!!#pkrsvayriengfc #wegotogether

Posted by Preah Khan Reach Svay Rieng FC on Thursday, January 9, 2020

Melihat kepada corak permainan cantik yang dipersembahkan pasukan dari Kemboja itu, Conor turut ditanya mengenai resepi kejayaan pasukannya sekalipun berada di sebuah negara menduduki tangga ke-173 dalam ranking dunia.

β€œFalsafah saya mudah, dalam permainan bolasepak moden, apabila mendapat bola pastikan kamu menguasai permainan dan bermain dengan corak permainan menye rang. Ia bermaksud kamu boleh mara ke depan untuk menye rang tetapi jangan sampai hilang penguasaan bola.

β€œBila kehilangan bola, pastikan kamu dapat merampasnya secepat mungkin. Pada saya ianya adalah falsafah yang mudah dan saya gembira pemain saya percaya dengan corak permainan yang telah saya terapkan.

β€œApa yang buat saya gembira, pemain-pemain ini berusaha bersungguh-sungguh untuk mengaplikasikannya dalam permainan mereka.”

αžαŸ„αŸ‡αž‘αŸ…αž‘αžŸαŸ’αžŸαž“αžΆαž“αŸ…αžšαžΌαž”αž—αžΆαž–αžαŸ’αž›αŸ‡αŸ—αžšαž”αžŸαŸ‹αž–αž½αž€αž™αžΎαž„αž€αŸ’αž“αž»αž„αž€αžΆαžšαž”αŸ’αžšαž€αž½αžαž“αžΆαž™αž”αŸ‹αž˜αž·αž‰αž‘αžΆαŸ†αž„αž’αžŸαŸ‹αž‚αŸ’αž“αžΆ!!Check out some of last night's action!!#pkrsvayriengfc #wegotogether

Posted by Preah Khan Reach Svay Rieng FC on Thursday, January 9, 2020

Conor sebelum ini berpengalaman bekerja bersama Persatuan BolaSepak (FA) Ireland selama 10 tahun. Apabila mendapat peluang untuk menjadi ketua jurulatih di kelab tersebut pada 2016, beliau secara jujur mengakui tidak tahu apa-apa mengenai negara Kemboja.

β€œSegalanya berubah apabila saya melihat kecintaan dan kesungguhan pemain-pemain di sana bermain bolasepak. Ia telah menarik minat saya untuk melatih mereka dan saya percaya mereka mampu menjadi pasukan yang hebat dengan komitmen dan semangat dalam diri mereka itu.

β€œJika kami lihat prestasi skuad kebangsaan mereka dalam kejohanan Sukan SEA baru-baru ini, sudah tentu negara ini mempunyai masa depan yang cerah. Kita boleh lihat betapa mereka bekerja keras untuk menjadi pasukan yang hebat satu hari nanti di Asia Tenggara. Kata kuncinya adalah β€˜bekerja keras’.

Svay Rieng selepas ini akan berdepan Terengganu untuk perlawnan pra-musim ketiganya di Malaysia pada Isnin di Stadium Arena, Universiti Malaya (UM).

αž–αž½αž€αž™αžΎαž„αž“αžΉαž„αž’αŸ’αžœαžΎαžŠαŸ†αžŽαžΎαžšαž‘αžΆαž“αŸ‹αž€αžΆαž“αŸ‹αž”αŸ’αžšαž‘αŸαžŸαž˜αŸ‰αžΆαž‘αŸαžŸαž»αžΈαž“αŸ…αžŸαž”αŸ’αžŠαžΆαž αŸαž€αŸ’αžšαŸ„αž™αž“αŸαŸ‡αž αžΎαž™αžŠαžΎαž˜αŸ’αž”αžΈαž’αŸ’αžœαžΎαž€αžΆαžšαžαŸ’αžšαŸ€αž˜αžαŸ’αž›αž½αž“αžŸαž˜αŸ’αžšαžΆαž”αŸ‹αžšαžŠαžΌαžœαž€αžΆαž› αŸ’αŸ αŸ’αŸ αžαžΆαž„αž˜αž»αžαž“αŸαŸ‡,…

Posted by Preah Khan Reach Svay Rieng FC on Wednesday, January 8, 2020

Mereka akan bertolak pulang pada Selasa bagi membuat persiapan terakhir sebelum beraksi di pusingan kelayakan Piala AFC pada 22 Januari ini menentng kelab dari Laos.

Kredit Foto: Preah Khan Reach Svay Rieng FC

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*