Fernando Marquez masih terikat dengan JDT

Pemain import yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2018 lalu, Fernando Marquez dikhabarkan masih mempunyai kontrak dengan juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim.

Marquez beraksi bersama Defensa y Justicia dalam saingan Liga Argentina musim ini dan beliau menyarung jersi JDT selama setengah musim apabila menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua musim 2018 bersama seorang lagi pemain dari Argentina, Fernando Elizari.

Ketika menyarung jersi JDT, Fernando Marquez membantu skuad Harimau Selatan memenangi gelaran Liga Super dengan kelebihan 23 mata di hadapan pasukan yang menamatkan saingan di tangga kedua, Perak sekaligus layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2019 lalu.

Selain itu, Marquez turut membantu JDT mara sehingga ke pusingan separuh akhir saingan Piala Malaysia. Namun, skuad kendalian Luciano Figueroa ketika itu tewas kepada Terengganu FC dengan keputusan 3-2 secara agregat. Marquez menjaringkan gol pada perlawnan separuh akhir kedua namun tidak berjaya membantu JDT untuk mara.

Secara keseluruhan, Marquez menjaringkan 12 gol sepanjang beraksi bersama kelab yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber  Vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*