Perlis FA ‘kembali bernafas’

Selepas dilanda kontr0versi projek ‘sca mmer’ atau peni puan paling agung dalam sejarah bolasepak negara, kini wujud usaha untuk menghidupkan semula Persatuan BolaSepak Perlis (PFA) selepas berlangsungnya Kongres Luar Biasa (EGM) dan Pemilihan Jawatankuasa PFA sesi 2019-2022 di Majlis Sukan Negara, Kangar.

Nama bekas Presiden serta Timbalan Presiden PFA, Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie dan Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan akan terus terpahat sebagai individu yang menjahanamkan bolasepak negeri utara semenanjung itu.

Bermula hari ini, barisan kepimpinan baharu PFA bertekad untuk membuka lembaran baharu untuk terus memartabatkan sukan bolasepak di negeri Perlis yang pernah mencapai kegemilangan satu masa dahulu.

Kredit Foto: Sinar Harian

 

Namun penghalang utama kepada usaha itu adalah masalah kewangan yang sedang membelenggu mereka terutamanya bebanan hutang gaji tertunggak yang tidak diketahui dengan jelas berapakah nilai yang sebenar.

Presiden PFA yang baharu dilantik, Zamri Ibrahim dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan, beliau yang sebelum ini menjadi Timbalan Presiden PFA sendiri tidak mengetahui dengan jelas berapakah jumlah yang tepat mengenai hutang terkumpul persatuan itu.

“Saya tidak tahu berapa jumlah terkini hutang PFA. Ada cakap-cakap mulut kata RM800,000, RM1 juta, RM2 juta, pelbagai. Tak ada dokumen atau hitam putih.

“Sebelum ini saya tidak diberitahu hutang terkini PFA. Jadi kita akan buat semakan semula untuk kenal pasti jumlah terkini…Kita ingin hidupkan semula PFA kerana rakyat ternanti-nanti,” katanya.

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF PERSATUAN BOLASEPAK PERLIS BAGI KALI YANG KEDUA 2019-2021.Tarikh: 3 Ogos 2019 (Sabtu).Masa: 9.00 Pagi.Tempat: Pejabat Persatuan Bolasepak Perlis.

Posted by Perlis FA Official on Friday, August 2, 2019

Hutang tertunggak itu adalah disebabkan projek penjenamaan semula pasukan yang dikenali sebagai Perlis Northern Lion 2 (PNL2) bermula dengan langkah ‘g1la’ mengambil jurulatih dan pemain berprofil tinggi menyertai pasukan itu dengan ditawarkan dengan gaji yang agak lumayan.

Namun selepas dua bulan barisan kejurulatih dan pemain-pemain menjalani latihan, mereka semua tidak dibayar sebarang gaji. Namun segalanya terbongkar apabila pada bulan Januari tahun lepas, Amizal dan Karim Khan mengakui persatuan tersebut tidak ada sebarang sumber kewangan untuk mengurus pasukan tersebut.

Mengenai perkembangan semasa pasukan, Zamri menjelaskan sekalipun PFA telah digantung, ia tidak bermakna persatuan itu telah terkvbur atau terus hilang, sebaliknya beliau dan barisan AJK baharu akan berusaha untuk memastikan pasukan Perlis dapat kembali memeriahkan kancah bolasepak tempatan.

SKUAD PERLIS NORTHERN LIONS 2019====PERLIS NORTHERN LIONS 2019 SQUAD#singautara #northernlions #demimukuningbiruku

Posted by NorthernLions Perlis on Thursday, January 31, 2019

“Saya akui kita kena gan tung dengan FIFA. Namun kita akan berjumpa dengan FAM untuk membuat rayuan kepada FIFA, supaya hukvman itu disemak semua. Sekurang-kurangnya beri sedikit ruang untuk PFA bermula semua. Kerana kita kena mula dari bawah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zamri juga menyeru mana-mana pihak atau pemain yang mahu membuat tuntutan kepada PFA boleh menyerahkan dokumen atau bukti namun perlu mematuhi kontrak dan undang-undang. Jika tidak, tuntutan tersebut tidak akan dilayan.

Kredit Foto: Perlis FA

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semunyaBola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*