Kuching FA puji Stadium Sultan Ibrahim berkelas dunia!

Pendatang baharu Liga Premier, Kuching FA memuji stadium baharu milik Kelab BolaSepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim sebagai fasiliti berkelas dunia.

Terdahulu, Kuching menjadi pasukan lawn yang pertama bermain di stadium berkapasiti 40,000 tempat duduk itu menentng skuad Harimau Selatan dalam satu perlawnan persahabatan pramusim, semalam.

Perlawnan tersebut turut dihadiri oleh pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim di mana JDT mencatatkan kemenangan 4-0 hasil jaringan Diogo Luis Santo, Hazwan Bakri, Leandro Velazquez dan Liridon Krasniqi.


Skuad Kuching FA. Foto: JST

“Merafak sembah terima kasih diucapkan kepada TMJ atas peluang yang diberikan kepada pasukan Kuching FA untuk merasai pengalaman berharga mencuba padang dan fasiliti yang berkelas dunia. 

“Tahniah diucapkan kepada JDT dan kami amat kagum dengan Stadium Sultan Ibrahim. Semoga berjaya dalam musim akan datang.” tulis kenyataan Kuching FA selepas perlawnan semalam.


Foto: JST

Stadium yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru ini bakal menjadi gelanggang rasmi buat juara Liga Super enam kali berturut-turut pada musim 2020.

Projek pembinaan stadium bolasepak serban moden serta menggunakan rumput jenis zeon zoysia – stadium pertama di Malaysia yang menggunakannya – ini bermula sekitar tahun 2017.

Kos untuk membangunkan stadium tersebut dianggarkan sekitar RM200 juta dan turut menempatkan ibu pejabat JDT, ruang kelab penyokong rasmi, pejabat jualan tiket, restoran dan pelbagai lagi kemudahan.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : foxsports

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*