Twitter rasmi Pahang FA ditutup?

Penyokong setia skuad Tok Gajah hari ini terkejut apabila mendapati laman twitter rasmi Pahang FA telah berkongsi satu video lvcah daripada akaun yang tidak dikenali.

Ia juga turut menimbulkan kema.rahan dalam kalangan penyokong sambil mempersoalkan tahap profesional pengendali akaun tersebut ketika mereka masih dahagakan info rasmi dan perkembangan terkini pasukan menjelang se.pak mula Liga Malaysia musim 2020.

Bagaimanapun, pihak media Pahang FA menafikan admin laman twitter tersebut sengaja berkongsi video itu dan menda.kwa akaun mereka sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan menutup akaun tersebut buat sementara waktu.

KENYATAAN RASMI

Posted by Pahang FA on Monday, January 20, 2020

“Laman sosial twitter Pahang FA telah digo.dam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan satu laporan kepada pihak berkuasa telah dilakukan kerana ia telah mencemarkan imej pasukan Pahang.

“Pihak kami memohon maaf di atas perkara yang telah berlaku. Laman tersebut telah pun ditutup buat sementara waktu,” kata kenyataan rasmi yang dikongsi melalui akaun facebook.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*