Format baharu Piala Dunia Kelab dikutvk Presiden La Liga

Presiden La Liga, Javier Tebas telah menge.cam sekeras-kerasnya keputusan Persekutuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) yang mengembangkan struktur pertandingan Piala Dunia Kelab kepada pertandingan format 24 pasukan.

Menurut laman The Guardian, FIFA seolah-olah tidak memikirkan kesan yang bakal dihadapi oleh pasukan-pasukan yang bertanding kerana format yang diperkenalkan mereka itu.

“FIFA sepatutnya menjadi badan induk bolasepak, mereka memberikan kalendar berbeza dan bila kita semua kena bermain.”

“Apa yang menyedihkan, mereka yang sepatutnya menganjurkan Piala Dunia kini bercakap mengenai Piala Dunia Kelab. Mereka mahukan ianya dilangsungkan setiap dua tahun. Ianya bukan pilihan kerana ini akan mengubah status quo, ini tak boleh berlaku.”

Menurut perancangan FIFA, Piala Dunia Kelab akan diluaskan penyertaannya kepada 24 pasukan dengan Eropah akan diwakili oleh lapan pasukan. Amerika Selatan akan mempunyai enam pasukan.

Bagi benua Amerika Utara dan Asia pula akan diwakili oleh tiga pasukan dan satu sahaja wakil dari Ocenia.

Ianya akan dirancang untuk diadakan setiap empat tahun sekali bermula 2021 di China dan kejohanan Piala Konfederasi yang digunakan untuk menguji stadium-stadium tuan rumah Piala Dunia pula akan dihapuskan serta-merta.

Bagi Tebas, apa yang dirancang oleh FIFA ini tidak dilihat secara keseluruhannya terutamanya kepada impak selepas kejohanan.

“Beberapa minggu lepas pihak FIFA ke China dan bercakap mengenai berapa banyak mereka akan peroleh jika ke sana. Mereka akan bercakap mengenai agihan wang tetapi tidak berbicara mengenai impak agihan itu kepada sesetengah negara.”

“Cuba bayangkan dua pasukan dari Argentina menyertai kejohanan ini. Ianya akan menjana 40 ke 50 juta wang dari kejohanan seperti ini dan ianya akan beri impak kepada liga di Argentina. FIFA tidak melihat kepada kesan kejohanan ini.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : semuanyabola

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*