JDT II tewas kepada Madura United

Pasukan reserve kepada juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim iaitu Johor Darul Ta’zim II tewas kepada kelab dari Liga 1 Indonesia, Madura United pada satu perlawnan pra musim.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin semalam, JDT II menurunkan beberapa pemain baharu seperti Fernando Rodriguez, Kei Hirose dan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Umar Hakeem Suhar Redzuan.

Sumber Gambar: JST

 

JDT II terlebih dahulu berada di hadapan apabila Firdaus Ramli yang juga sepupu kepada pemain tengah Terengganu FC, Sharin Sapien menjaringkan gol pada minit ke-21. Separuh masa pertama tamat dengan JDT berada di hadapan.

Memasuki separuh masa kedua, Madura yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan menggandakan asakan dan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan bekas pemain Felcra FC, David Laly pada minit ke-49.

Usaha Madura untuk mencari gol kemenangan akhirnya membuahkan hasil apabila Rifaldy Bawuo menjaringkan gol pada masa kece deraan sekaligus memberikan kemenangan untuk Madura.

Pada perlawnan pra musim yang seterusnya, Madura akan bertandang ke Kuala Terengganu bagi menghadapi Terengganu FC.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*