Kedah benam Tai Po FC 5-1

Jaringan hatrik penye rang import, Kipre Tchetche membantu pasukan Kedah menewaskan kelab Hong Kong, Tai Po FC dengan keputusan 5-1 sekaligus mara ke pusingan ketiga saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020.

Pada perlawnan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, skuad bimbingan Aidil Sharin nyata lebih dominan berbanding lawn mereka dimana membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 menerusi Kipre.

#ACLPR2#KEDTPFC3' GOAALLLL!!! Rembatan padu Tchetche Kipre menerjah gawang lawan. 1-0

Posted by FA Kedah on Tuesday, 21 January 2020

Kipre menjaringkan gol kedua Kedah pada minit ke-21 dan nasib ma1ang Tai Po berterusan apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sun Ming Him dilayangkan kad merah. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-0.

Memasuki separuh masa kedua, seorang lagi pemain baharu, Hadin Azman menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-46 dan ke-66 sebelum Chan Man Fai menjaringkan gol tunggal bagi Tai Po pada minit ke-68.

#ACLPR2#KEDTPFCKeputusan penuh:KEDAH (5) – (1) WOFOO TAI PO FCKedah layak ke Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 menentang Seoul FC di Korea Selatan 28 Januari nanti.우리를 기다려!

Posted by FA Kedah on Tuesday, 21 January 2020

 

Pada minit-minit akhir permainan, Kipre melengkapkan hatrik beliau dimana menjaringkan gol kelima Kedah sekaligus melayakkan juara Piala FA 2019 itu ke pusingan ketiga.

Kedah bakal menghadapi kelab dari saingan K.League, FC Seoul pada kelayakan pusingan ketiga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Harimau Malaya

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @HarimauMalaya

Sumber : vocketfc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*